No Raya No Gambar

Image result for aidilfitri 2019 gif 
ihsan google

Assalamualaikum dan salam aidilfitri
Alhamdulillah hari ini 1st day kerja setelah berhari raya. Raya kali ni dalam sejarah disebabkan ilaa ,asben dan anak jatuh sakit. Semuanya bermula daripada ilaa. Allahuakbar!

2 3 hari nak raya ilaa kena 3 serangkai. demam + batuk + selsema. lebih teruk daripada demam biasa. tak boleh bangun, mata tak boleh bukak. suara menghilang entah ke mana. time tu asben belum berjangkit lagi tapi sedih bila Aqil mula berjangkit.

Aqil asyik berkepit dengan ilaa. Maybe disebabkan hal tersebut dia paling cepat berjangkit dengan ilaa. Badan mula panas pastu sejuk. On off macam tu tiap hari. Benarlah nikmat paling besar kita dalam hidup ialah KESIHATAN. Ada duit tapi tak sihat tak ke mana juga.

Pergi klinik 2 3 kali. Still macam tu jugak. Ilaa mula menduga takdir Allah. Ilaa tak sempat sihat anak dan asben pula mula jatuh sakit. Terasa berat bahu yang memikul bila tengok orang yang kita sayang jatuh sakit.  Raya dah nak dekat. Malam raya pi klinik lagi

Mood raya tahun ni memang betul-betul ke laut. Sikit pon takde mood nak sambut. 1st dan 2nd raya terperap je dalam bilik. Tak larat sangat nak hadap orang ramai. Paham-pahamlah bila raya ni. Banyak soalan demi soalan diajukan.

Makan pon takde selera apatah lagi kudrat tulang 4 kerat. Dengan anak yang over clingy dan nak berkepit 24jam! Allahuakbar. Penat tak boleh bincang. Cukup dah kot dengan Aqil sorang je anak kami.gittew. mana tahu ada rezki next time kan

Ilaa redha dan tawakkal atas ujian Allah swt. Ilaa bertambah syukur dikurniakan seorang suami yang bertanggungjawab dan penyabar dalam melayan kerenah ilaa dan anak semasa sakit. Betul-betul Allah uji ilaa dan keluarga kali ni.

Semoga apa yang terjadi takkan terjadi dekat korang. Perit!
Salam Aidilfitri gias

 

Popular posts from this blog

Cheapmon atau Kenan

Pengalaman Si Ibu : Anak Tak Nak Susu Botol

Kesan Pil Yasmin Kepada Diri Sendiri