No Raya No Gambar
ihsan google Assalamualaikum dan salam aidilfitri Alhamdulillah hari ini 1st day kerja setelah berhari raya. Raya kali ni dalam sejarah disebabkan ilaa ,asben dan anak jatuh sakit. Semuanya bermula daripada ilaa. Allahuakbar! 2 3 hari nak raya ilaa kena 3 serangkai. demam + batuk + selsema. lebih teruk daripada demam biasa. tak boleh bangun, mata tak boleh bukak. suara menghilang entah ke mana. time tu asben belum berjangkit lagi tapi sedih bila Aqil mula berjangkit. Aqil asyik berkepit dengan ilaa. Maybe disebabkan hal tersebut dia paling cepat berjangkit dengan ilaa. Badan mula panas pastu sejuk. On off macam tu tiap hari. Benarlah nikmat paling besar kita dalam hidup ialah KESIHATAN. Ada duit tapi tak sihat tak ke mana juga. Pergi klinik 2 3 kali. Still macam tu jugak. Ilaa mula menduga takdir Allah. Ilaa tak sempat sihat anak dan asben pula mula jatuh sakit. Terasa berat bahu yang memikul bila tengok orang yang kita sayang jatuh sakit. Raya dah na...