Posts

Showing posts from December 8, 2013

Kita Tiada Hak

Image
Assalamualaikum.. Selamat petang. korang dah lunch ke belum?sila isikan tong perut anda segera nanti masuk angin. jangan muntah sudah baca entry ila kali ni. sekadar berkongsi pendapat dan bercerita. ayuh!! Syukur sangat kan bila kita dilahirkan dalam islam. Alhamdulillah.berada dalam negara yang aman. tengok di Syria. MasyaAllah, mereka harus berjuang bermati-matian demi Islam.sedih sangat bila mengenangkan nasib mereka akibat daripada kekejaman zionis. semoga Allah bersama mereka dan memberi kekuatan dalam menempuh dugaan yang sangat berat ni. Korang, kenapa kita sesama saudara islam senang hati nak neraka dan syurga kan saudara kita?kenapa?kenapa?layakkah kita menghukum orang tanpa kenal mereka?kita pon manusia biasa,kalau boleh jangan cepat menghukum orang. atleast tegur lah mereka dengan berhemah. Islam anjurkan cara terbaik untuk menegur bukan dengan cara kekasaran,bukan dengan membalas dendam dan bukan dengan cara membunuh.bukan !!lihatlah dunia hari ni ka...

Doa Mencari Jodoh

Image
sila baca bagi yang mencari jodoh. mudahan Allah mengurniakan jodoh yang boleh membimbing dunia dan akhirat kita. Ameen Kredit : google image

Heart Break

Image
Assalamualaikum blogger..! Mood Sunday datang lagi dan quite malas kalau hari pertama bekerja. nak mencari mood tu susah. dugaan betol kan kalau niat ni tak betolkan awal2 untuk datang kerja..pfftt! apa kena mengena heart break ni? the truth that is not my story. tapi ila punye kawan. ila turut bersedih atas kejadian yg menimpa kawan ila. for me, sape2 pon akan rasa down bila putus cinta tapi kisah dia laen dan semua itu berlaku dalam masa singkat. orang yang dia syg telah pon berkahwin dgn jejaka pilihan keluarga in a short time,short time! .you know what, dia terpaksa berhadapan dgn org yang dia sayang tiap2 hari disebabkan satu tempat kerja. berat sungguh ujian yg dia terima tetapi apakan daya, Allah lagi Maha Mengetahui apa yg baik or tidak kepada hambaNya. kun faya kun. memang benar jika Allah nakkan sesuatu itu terjadi, dalam sekelip mata benda tu terjadi. ila tak nak blame si girl tu 100% maybe jodoh dia dah sampai tapii cara dia tu agak tak kena . kalau be...

Kenangan Bekerja Bersama Malindo Air

Image
  cso + loadsheeter + ramp *selaku staf ground operation   ketibaan kapal Malindo di Kbr  loadsheeter + cso   sebelum kapal landing, kami snap dulu sepukul ^_^  yang ni time arrival bersama cabin crew   kaunter tiket malindo kbr  loadsheet sedang buat balancing kapal.xde dorang, memang tak balance la kapal disini bermulanya kehidupan ilaa sebagai pekerja airline.. tsk..tsk..tinggal kenangan

Cinta dan sayang

Image
Tak lengkap hidup tanpa cinta kepada Allah dan Rasulullah Tak lengkap hidup tanpa cinta kepada mak dan ayah Tak lengkap hidup tanpa cinta kepada orang sekeliling kita Haaa..mai dah mai dah cerita ilaasuhailaa. Ila terpanggil untuk berbicara pasal cinta sebab semua orang 'wajib' merasai cinta dan cinta itu tak semestinya kepada kekasih or jantung hempedu korang tu. Cinta itu luas dan bagi kepada yang selayaknya. Cinta manusia ni memang ada baik buruknya tetapi jangan sampai makan diri sendiri. Minta dengan Allah biar hadirkan cinta itu kepada orang yang melabuhkan cinta kepada Pencipta. Nescaya dia adalah sebaik-baik pasangan kita. Sayang jangan lebih-lebih sebab semua itu boleh je hilang dalam sekelip mata. Sesuatu perkara itu takkan terjadi kalau kita sendiri yang mulakan semua itu. Remember! Jangan ingat  orang yang sayang kita tu selamanya sayang kecuali dia ikhlas dalam memberi cinta. Lagikan laut yang tenang boleh bergelora bila-bila masa apatah ...

Mengantuk!!

Image
Assalamualaikum uaarrrrr!! mengantuknye rasa hari ni. Camner nak kerja secara produktif ni kalau asyik mengantuk jer ni. Please bagi tahu cara-cara nak mengatasi sleepy ni. Bencinyaaa!!! Kalau minum kopi,nanti kepala jadi sakit and pening. Takkan nak tido kat ofis. Nononono. Terpaksa la tahan mata ni even dah rasa berat sangat. Haachumm! =.='

Be strong!

Image
Yang terindah itu kenangan. Yang pahit itu kesakitan.. Yang senang itu kebahagiaan.. Yang sukar itu ujian..

Doa Dhuha (murah rezeki)

Image
Selamat pagi blogger! Jom ambil sedikit masa untuk baca doa dhuha dan semoga hari kita bermula dengan baik dan berakhir dengan baik. Lebih elok lagi kalau kita sendiri dapat amalkan solat dhuha. Allah lagi murahkan rezeki kita. Iye dop?? Kadang-kadang, benda ringan ni lah yang jadi timbangan paling berat di akhirat. Bukan nak berlagak ustazah tapi nak berkongsi pendapat. Kalau korang ikut, korang dapat pahala. Kalau tak nak,takpe. Ila sendiri pon tak serajin orang lain.Heeeee Assalamualaikum!

Focus on blog

Image
hello..hello..hello.. sorry curi masa sedikit untuk update serta ubahsuai blog ila nie. Pfftt, ponim kepala ila cari kod blog. Agak janggal nak cari kod untuk blogskin. Susah sikit berbanding dgn template biasa. Nak letak kod follower tapi tak jumpe.  Memang mencabar minda lah buat benda ni. Ila 100% bergantung pada tutorial blog dan memang takkan ada kawan yg boleh tlg sampai bile2 lah kalau pasal blog ni. Katanya dorang, borink je blog ni. So, im guess they could not help me either I really need them or not. Soo,tadaaa. The simplest blogskin i choosed and maybe it would be longer than before. Entah bila la plak nak edit blog. Nxtime, I just need to create my own header and i know it should be harder than i thought. Keep reading my blog sayang. Ingat, ini hanyalah blog biasa dan bukan blog luar biasa. ^__^

Jodoh

Image
Assalamualaikum wbt.. Sekarang ila dalam proses renovate blog buat beberapa ratus kali.Dah elok2 guna blogskin, akhirnya bertukar kepada template biasa. Canne ni?Inshaallah, ila akan curi masa untuk cantikkan lagi blog ila walaupun untuk tatapan diri sendiri sahaja. Jodoh,nikah, kahwin and so on. Semua orang runsing bab jodoh dan pasangan masing2. Entah dapat ke tak,ada ke tak. So many hopes and so many expectation kalau jodoh ni. Yang penting kena usaha dan berserah kepada Allah. Tak gitu? Korang doakanlah ila dapat pasangan yang terbaik yang boleh membimbing ila dunia dan akhirat. Letakkan dunia ditanganmu bukan pada hatimu. Inshaallah, segalanya berjalan dengan baik. Betulkan niat agar Allah permudahkan segalanya.Aminn.. Jodoh pikir jangan lupa persiapan untuk kematian kita pon kena ada. Sesungguhnya ajal maut,rezeki dan jodoh itu Allah sudah tetapkan ketika kita berusia 40 hari lagi dalam kandungan ma kita. Nak yang terbaik, kita dulu yang harus jadi terbaik..