Mama Moments : Hernia/Uluran?
image : google Assalamualaikum dan salam 14 Ramadhan. Kali ni ilaa nak share pasal hernia ataupun lebih dikenali sebagai uluran. Anak ilaa si Aqil detect hernia ni since dia baby lagi. Ilaa dah bawak jumpa ramai dah orang untuk berubat kampung dan sehingga umur 1 tahun hernia Aqil dah takde. Bila umur Aqil dah menjangkau 1 tahun 5 bulan tiba-tiba hernia ni timbul balik dan kali ni timbul bengkak di pangkal paha. terkejut sangat tengok bila aqil meneran sebab sembelit, benjolan tu akan timbul. Bila tanya orang tua ilaa, dorang cakap ni uluran dan disebabkan ni lah dia tak selesa dan selalu meragam. Kes Aqil ni dikenali Hernia Inguinal seperti dalam gambar. Usus terkeluar dan menyebabkan sembelit dan benjolan angin. Selalunya disebabkan gelungan usus, lipatan membran daripada abdomen,ovari atau salur falopian yang tertonjol masuk ke bahagian pangkal paha. Aqil akan selalu membuang biasanya 3 hari sekali dan semalam paling teruk sebab najis keluar berketul-ketul ...