Kau Redha Kau Dapat yang Terbaik
Assalamualaikum dan selamat petang.. Alhamdulillah, kami dah selesai moves ke pejabat baru. Nampaknya banyak lagi nak kena kemas ni. Takpe, new environment new hope new semangat. gittew. Kau redha kau dapat yang terbaik. Mesti dah paham kan apa maksud ilaa. Tahu tak orang yang betul-betul redha ni orang yang banyak berusaha dan kerja keras demi mendapatkan sesuatu, akhirnya dorang tawakkal dengan apa pon hasil kerja mereka selepas tu. if hasilnya mendukacitakan, maka kau kena redha seredhanya dengan ketentuan Allah. jangan sesekali mengungkit dengan Allah sebab Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. kita sekadar merancang dan yang berhak menentukannya adalah Allah. Bila mana kau redha dengan perancangan Allah, maka Dia menggantikan kegagalan dan kekecewaan itu dengan sesuatu yang lebih baik. maybe berjuta-juta ganda lebih baik untuk hidup kita. begitu jugak dalam hal jodoh. kau tak dapat hari ni, mungkin esok lusa kau dapat orang yang betul-bet...