Posts

Showing posts from December 17, 2023

TAHUN 2023 BAKAL MELABUHKAN TIRAI

  Assalamualaikum Alhamdulillah kita dah sampai bulan terakhir bagi tahun 2023. Subhanallah, banyak sangat kejutan dan  perkara-perkara yang tak disangka berlaku diluar pengetahuan Ilaa sendiri. Orang cakap tahun 2023 adalah tahun rezeki. Semoga tahun 2024 juga tahun rezeki untuk Ilaa dan keluarga juga. Antara rezeki yang tak dijangka adalah Ilaa akhirnya ditawarkan Jawatan Tetap setelah 10 tahun berkhidmat sebagai staf kontrak. Untuk makluman, Ilaa baru sahaja ditukarkan daripada Fakulti di Padang Tembak ke Fakulti di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa. Baru sahaja memasuki 9 bulan berada di Fakulti yang baru. Orang cakap belum matang dan mengenali dengan lebih rapat lagi. Ilaa ditawarkan jawatan tersebut pada 22 Februari 2023. Masa tu Ilaa sedang menghadiri mesyuarat bersama-sama dengan dekan fakulti. Pastu, Ilaa mintak excuse nak keluar pi pejabat admin untuk ambil dokumen ke ape entah. Masa masuk ke bilik meeting , tiba-tiba dekan dan kawan-kawan yang lain cakap tahniah. Rupa-rupanya