Pengalaman Si Ibu : Anak Tak Nak Susu Botol
Assalamualaikum.
Hari ni baik hati sangat nak share dengan mommy out there pengalaman ilaa sebagai ibu yang diuji dengan anak tak nak menyusu botol. Dengar pon dah runsing apatah lagi yang merasainya. Korang yang baru nak timang cahaya mata ataupun anak kelahiran pertama, mehla baca cerita ilaa. mana tahu awak boleh jadikan pengajaran or langkah berjaga-jaga untuk bakal anak yang akan lahir.
Pada 2 April 2017 ilaa mula kembali bekerja setelah maternity leave selama 3 bulan. Ini adalah kelahiran putera sulung kami yang bernama Aqil. Pada mulanya Aqil tak meragam dan tak cerewet langsung dengan botol susu. takde masalah disebabkan dah mula minum susu dengan botol seawal umur 7 hari. So, ilaa tersangatlah lega bila dah ajar awal-awal lagi dengan botol susu walaupun doktor dan nurse marah.
Seminggu sebelum masuk kerja, Aqil mula tunjuk perangai. Dia mula tak nak susu botol. Mula meragam dan mula menolak mentah-mentah botol susu. Ilaa dah mula risau. macam mana nak tinggal pergi kerja if tak nak susu botol. Orang cakap maybe tak nak sebab ilaa bagi susu tepung. so i decided to pump and bagi susu dada dekat dia.
Ternyata bukan susu menjadi punca tapi BOTOL SUSU! adehh, macam mana ni. dah takde cara lain ke nak buat. kesian sangat si Aqil if dia tak nak menyusu botol. hari demi hari berlalu macam tu je. kesian dekat dia, ilaa terpaksa breast feeding jugak sampailah one day before ilaa masuk kerja, ilaa try tinggal dia selama 8jam.
pada mulanya dia meraung-raung tak nak susu botol. finally selepas one hour maybe my sister cakap dia mula minum susu botol walaupun sedikit.fuhh, lega ya amat. syukur sangat ya Allah but then itu hanyalah sementara. U know wat apa jadi?Bila mula kerja ilaa tinggal dengan mil and fil. so dengan yakinya hari pertama masuk kerja takde masalah dengan Aqil.
keesokkan harinya mil call bagitahu Aqil tak nak langsung susu botol. rela lapar dan dahaga. ya Allah sedihnya hati ilaa memikirkan tentang Aqil. meraung-raung kelaparan . bila mil bagi air masak dengan sudu, boleh pula dia minum. bila bagi botol, meraung lain macam. macam si Aqil ni berdendam dengan botol susu tu. padahal dia dah biasa.
hari pertama ilaa bekerja tiap kali lunch hour ilaa balik disebabkan tempat kerja tak jauh daripada umah mil. sedih sangat tengok muka Aqil. cara renungan dia macam tak nak bagi ilaa kerja. tak nak bagi ilaa tinggalkan dia. masa tu dah mengalir air mata. give up pon ada. rasa macam nak berhenti kerja je.
memang Aqil sanggup tunggu ilaa balik lunch hour untuk minum susu. dia memang tak langsung botol susu. bayangkanlah berapa jam dia kena tahan lapar selain minum air masak?berat sangat ujian ni. one day mil terpaksa datang office 2 or 3 kali sehari untuk bagi dia susu disebabkan kesian sangat dekat dia. kesian dekat mil terpaksa korbankan diri ke hulu ke hilir bawak Aqil dekat ilaa semata-mata tak boleh tengok cucu lapar dan berterusan menangis.
Cukup seminggu Aqil tak nak susu botol dan dalam seminggu tu jugak mil dan orang kerja dia berulang alik ke pejabat ilaa bawak Aqil. Tenkiu so much mama for your sacrified. ilaa dah buntu tak tahu nak buat apa dah. give up tu tak boleh nak cakap dah. demi anak,ikhtiar macam-macam cara. macam tu jugak jadi dengan Aqil
One day, ilaa and asben mulaa ikhtiar tukar 5 jenis botol dan 6 jenis susu. masa tu dah tawakkal apa nak jadi, jadilah. janji Aqil boleh minum susu botol. nak dijadikan cerita ramai orang cakap baby yang tak nak menyusu botol biasanya akan suka dengan botol pigeon wide neck tu. then ilaa minta asben belikan.
kali ni kena reda nak jadi apa, jadilah. lepas balik daripada beli botol susu tu, ilaa cuba bagi susu similac boleh pula si Aqil buat muntah-muntah. then kembar ilaa pon cakap, eh try bagi biolac which is susu pertama Aqil minum semasa umur 7 hari. Alhamdulillah, sujud syukur Aqil hisap susu botol dengan jayanya.
nak mengalir air mata kami laki bini bila dia dah boleh guna botol susu. satu KEJAYAAN yang besar buat kami laki bini. lega ya amat ya Allah. sampai ke hari ini Aqil minum susu biolac tu tapi tak kesah dah botol macam mana pon walaupun Aqil ni quite cerewet sebenarnya .like his papa. CEREWET tapi tetap sayang.hahaha
buat ibu-ibu diluar sana, maybe cerita ilaa ni boleh buat panduan untuk anak-anak korang. if tak nak jadi macam ilaa, silalah ajar si anak menyusu botol 2 minggu awal sebelum bekerja. sebagai mak, memang tak sampai hati tengok dia menangis dan meraung tapi mana lagi sakit bila tengok anak lapar or menangis untuk belajar sesuatu yang baru?
Pilihan di tangan anda.
sekian.