Aqil Sembelit


Assalamualaikum and salam 7Muharam
Bulan ni paling banyak cuti kan. Bila nak mula hari pertama bekerja liat semacam je. Curi masa sedikit untuk bercerita tentang baby boy sorang ni. Tepek boleh jadi kenangan untuk diri sendiri.

2 hari lepas Aqil sembelit sambil nangis meraung. maybe sakit sangat. terkejut ilaa najis dia berdarah. patotlah dia meneran sampai nangis-nangis. kita yang tua pun kalau sembelit memang tak boleh nak cakap sakit tu macam mana apatah lagi budak-budak kecil baya Aqil.

ilaa syak kali ni akibat tukar susu. baru je aku puji susu tu ok dengan Aqil. tup-tup jadi pula dah. sekarang ni dengan air pun takut. dulu dia lah orang pertama suka mandi. ni jadi trauma nak masuk bilik air. haii anak, apa yang tak kena sebenarnya.

he's being so clingy dan tak nak berenggang langsung dengan ilaa. mati kutu ilaa dibuatnya. nak makan minum mandi solat semuanya kena cepat dan sekadar sahaja. dia nak cakap dia sakit dia tak pandai sebab dia tak boleh bercakap dengan baik lagi.so menjerit dan menangis jela mampu

satu benda baru dia belajar adalah menangis sambil menjerit macam bersungguh-sungguh gitu. bila dia buat macam tu ilaa jadi panik. seriously macam kenapa ni, all of sudden . ilaa lupaa dah yang anak ilaa ni ada uluran. he can stress in a short time and anytime. aku bukan nak merungut tapi sekadar berkongsi cerita.

2nd day berada di rumah maa dia sembelit kali kedua. waa, again dia meraung dan menangis tanpa henti. banyak kali pikir nak masuk tandas dengan keadaan dia macam tu. aku pon tak boleh handle dengan baik kalau Aqil tak berhenti menangis. papa dia pon tak mampu handle once dah jadi keadaan macam tu.

hanya BF je mampu senyapkan dia. bila dah jadi macam ni husband decide back to previous susu. maybe ni salah satu faktor Aqil sembelit. tak sampai sebulan tukar susu baru dah timbul masalah. plus my baby boy ni CEREWET so banyak benda kena consider.

Alhamdulillah bila balik rumah mil, Aqil kembali ceria dan paling terkejut dia berak banyak sangat dan dia tak meneran pon. Tup-tup tersembur keluar daripada pampers dan yang peliknya najis tu warna oren but after that Aqil kembali ceria macam dia tu legaa sangat-sangat.

Dah tak sembelit dan sakit perut. Smooth. siap boleh bergurau dan berlari-lari dengan atok dia. hari ini 1st day school after long holiday. harap-harap dia ok je dan tak clingy macam di rumah. alhamdulillah Allah tolong mudahkan ilaa bila dia suka school.

orang cakap bila kecil anak ni kerap sakit inshaAllah nanti besar maybe dah kurang kena sakit ke apa kan. InshaAllah. Harap-harap macam tulah. semoga Allah melindungi anakanda kami daripada perkara-perkara yang tidak baik dan kekejaman manusia serta penyakit berbahaya.

aamiin

Popular posts from this blog

Cheapmon atau Kenan

Pengalaman Si Ibu : Anak Tak Nak Susu Botol

Kesan Pil Yasmin Kepada Diri Sendiri