Kematian itu pasti..


google image

Assalamualaikum..
Terpanggil untuk berbicara tentang kematian disebabkan cuaca yang agak sejuk dan kebetulan atok dan nenek ila baru pergi meninggalkan kami semua menghadap Ilahi. Pemergian mereka buat ila rasa sangat sebak disebabkan tempoh pemergian mereka adalah sangat singkat yang mana nenek ila meninggal dunia pada bulan 10 dan atok ila pula pada bulan 12..

Bila ada orang tanya berapa perbezaan tempoh pemergian arwah nenek dan atok, mereka terkejut disebabkan tempoh antara  arwah tak sampai dua bulan. Katanya saudara mara, jodoh mereka kekal sampai hingga akhir hayat. Tersenyum ila sendirian bila dorang cakap camtu. Apapun,ila doakan agar arwah atok dan nenek ila berada dalam kalangan orang yang beriman..aminn

Sesungguhnya kematian itu tidak kira usia,pangkat,masa dan keadaan. Ya Allah, matikanlah hambaMu dalam keadaan beriman. Ajal itu datang menjemput tidak lambat dan cepat walau sesaat. Tanda kematian walaupun di khabarkan oleh orang terdekat, namun kita tak mampu untuk menyekat dan melambatkan ajal itu datang..

Tahun ni, buat kali pertama ila dapat merasakan kehilangan orang yang tersayang. Dulu, bila kawan-kawan bercerita tentang kematian saudara mara mereka, ila tak boleh bayang dan rasa hati mereka. Asyik bertanya pada hati, bagaimana perasaan mereka. Mereka mampu bercerita namun kita tak mampu rasa apa yang mereka rasa..

Dugaan mu datang apabila nenek ila yang ila sayang sangat-sangat yang menjaga dan menyanyangi cucu-cucu mereka bagai menatang minyak yang penuh pergi meninggalkan kami semua. Nah, itu baru itu ila rasa hilangnya orang yang kita sayang. Tak lama selepas itu, atok menyusul nenek. Barulah mengenal erti kematian. Menghantar arwah hingga ke liang lahad,tiba-tiba hati kecil nie bertanya, bilakah waktu aku pula untuk menghadapi semua ni?

Kita memang digalakkan menziarahi orang sakit dan orang mati supaya kita boleh berfikir bahawa,hidup di dunia nie sangat singkat. Jika kita kejar dunia, kita akan rugi if kita kejar akhirat Allah akan bagi kita ke dua-duanya..InshaaAllah..

2 comments

Popular posts from this blog

Cheapmon atau Kenan (Kelantan)

Kesan Pil Yasmin Kepada Diri Sendiri

Bukan Takde Jodoh