Persediaan awal sebelum temuduga

Selidik Profil Syarikat/Jabatan, Jawatan atau Bidang Tugas Yang diPohon


  • Ia merupakan soalana-soalan asas yang lazim disoal oleh panel temuduga. Kegagalan menjawabnya menunjukkan seolah-olah calon tidak membuat persediaan yang rapi.

Kenalpasti Etika Berpakaian di Tempat Kerja

  • Sesetengah majikan di sektor swasta mempunyai etika berpakaian yang berbeza dengan sektor awam. Oleh itu, calon perlu memakai pakaian yang sesuai dengan etika berpakaian di tempat kerja tersebut untuk menghadiri temuduga.

Ulangkaji Hardskill

  • Ini juga merupakan soalan yang sering disoal untuk mengetahui tahap pengetahuan calon mengenai teori dan praktikal bidang yang dipelajarinya. Kegagalan calon menjawab dengan baik boleh menjejaskan peluang untuk mendapatkan jawatan tersebut.

Membuat Persediaan Berkaitan Soalan Yang Mungkin Ditanya

  • Supaya calon dapat berlatih menggunakan nada suara, kelajuan dan intonasi yang sesuai semasa temuduga. Calon boleh meminta bantuan rakan untuk memberi maklumbalas. Perlu diingat calon hendaklah berlatih menjawab dan bukannya menghafal jawapan

Kenalpasti Lokasi Temuduga

  • Untuk memastikan calon tiba ke lokasi temuduga pada masa yang ditetapkan, sebaik-baiknya calon tiba 30 minit lebih awal bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran.
  • Sediakan sijil-sijil asal beserta salinannya dan resume.
  • Pastikan sijil-sijil disusun mengikut keutamaan.
  • Cuba dapatkan nama/gelaran panel temuduga.                                                                              

Popular posts from this blog

Cheapmon atau Kenan

Pengalaman Si Ibu : Anak Tak Nak Susu Botol

Kesan Pil Yasmin Kepada Diri Sendiri