TAHUN 2023 BAKAL MELABUHKAN TIRAI

 

Assalamualaikum
Alhamdulillah kita dah sampai bulan terakhir bagi tahun 2023. Subhanallah, banyak sangat kejutan dan  perkara-perkara yang tak disangka berlaku diluar pengetahuan Ilaa sendiri. Orang cakap tahun 2023 adalah tahun rezeki. Semoga tahun 2024 juga tahun rezeki untuk Ilaa dan keluarga juga.

Antara rezeki yang tak dijangka adalah Ilaa akhirnya ditawarkan Jawatan Tetap setelah 10 tahun berkhidmat sebagai staf kontrak. Untuk makluman, Ilaa baru sahaja ditukarkan daripada Fakulti di Padang Tembak ke Fakulti di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa. Baru sahaja memasuki 9 bulan berada di Fakulti yang baru. Orang cakap belum matang dan mengenali dengan lebih rapat lagi.

Ilaa ditawarkan jawatan tersebut pada 22 Februari 2023. Masa tu Ilaa sedang menghadiri mesyuarat bersama-sama dengan dekan fakulti. Pastu, Ilaa mintak excuse nak keluar pi pejabat admin untuk ambil dokumen ke ape entah. Masa masuk ke bilik meeting , tiba-tiba dekan dan kawan-kawan yang lain cakap tahniah. Rupa-rupanya dekan dah baca emel daripada HR tentang tawaran tu.

Gembira bercampur sedih sebab dah sayang dah dekat kawan-kawan office. Dapat pula dekan yang baik hati +sporting + boleh join aktiviti bersama-sama staf pendtadbiran. Dekan yang suka buat makan-makan dengan staf. Baik hati sangat-sangat. Alhamdulillah. Allah dah terlalu banyak hadiahkan orang yang baik-baik di sekeliling Ilaa.

Sekarang di Ilaa ditempatkan di Fakulti di kampus Bachok which is agak jauh daripada rumah. Mengambil masa lebih kurang 45minit - 1 jam.Means fakulti ke tiga sejak berkhidmat di sini. Bila dah banyak kali ditukarkan, maka banyak juga pengalaman dan berjumpa dengan ramai orang. Sekarang ni dah hampir masuk 9 bulan berada di sini. Alhamdulillah, masih berada dalam kalangan orang yang baik-baik.

Semoga ada rezeki ilaa untuk berkhidmat di Kampus Kota disebabkan anak masih bersekolah di Pengkalan Chepa. Jadi quite mencabar bila ada emergency. Kena korbankan masa dan tenaga untuk uruskan dia lebih-lebih lagi melibatkan perjalanan yang jauh. Its ok, cuba ambil +ve vibe supaya boleh datang kerja dengan tenang hari-hari. 

Semoga tahun 2024 adalah tahun rezeki buat kita semua dan semoga Allah sentiasa melindungi kita dunia dan akhirat. Lindungi kita daripada fitnah dajjal, fitnah manusia dan finah dunia. Aamiin

Popular posts from this blog

Cheapmon atau Kenan

Pengalaman Si Ibu : Anak Tak Nak Susu Botol

Kesan Pil Yasmin Kepada Diri Sendiri