NEW WORKPLACE NEW EXPERIENCES
Bulan Julai hampir melabuhkan tirai . Banyak benda yang nak dikongsi namun masa amat mencemburui kita. Ecehhh, begitu. Almost 4 bulan di fakulti baru namun kali ni ilaa dipindahkan ke UMK Bachok setelah hampir 10 tahun di UMK Pengkalan Chepa. Terlalu banyak kesenangan dan nikmat yang diberikan Allah sepanjang berada di UMK PC.
Dikurniakan kawan-kawan yang baik dan pegawai yang datang dan pergi bersilih ganti pun baik. Suasana kerja yang sangat ok. Saling bantu-membantu especially fasa audit di fakulti. Semua tu adalah rezeki daripada Allah. Happy dan bersyukur dapat merasai perjalanan daripada bertatih sehinggalah berani melalukan sesuatu pekerjaan dengan baik.
Fakulti yang kedua walaupun baru sahaja 9 bulan bekerja, namun kenangan dengan ofismate dan dekan yang baik dekat sana sangat-sangat buat kami rapat macam family. Kerja banyak, program banyak tapi ilaa masih enjoy sebab dorang tak berkira untuk bekerja dan tunjuk ajar. Nanges kita kena pindah daripada sana tapi Allah Maha Mengetahui segala perancanganNya pasti ada hikmah.
Pada Februari yang lepas selepas dapat offer letter PTPO tetap, ilaa diarahkan untuk lapor diri segera ke fakulti yang baru iaitu fakulti ke tiga ye kawan-kawan. Agak jauh daripada tempat tinggal dan sekolah anak namun ilaa akur dengan arahan daripada semasa ke semasa.
Maka Mac 2023 bermula lah kehidupan baru ilaa sebagai PTPO di UMK Bachok. Macam biasa nervous + takut semuanya bercampur sama seperti ilaa mula di tukarkan daripada Veterinar ke Pelacongan. Risau dapat skop kerja lain daripada yang biasa namun ternyata memang sama cuma penambahan skop kerja yang lain tu masih ada.
Alhamdulillah masih lagi Allah bagi peluang bekerja dengan orang yang baik dan bos yang baik. Terima kasih Allah atas rezeki mu. Tempat kerja jauh tak kisah as long as orang tak kacau periuk nasi kita. Itu pun sudah cukup.Ok Bai!