MY BRACES JOURNEY!

Assalamualaikum. Lamanya menyepi dalam dunia blog. Fuh, last update tahun lepas. Kemain ignore blog ni. Kesian dekat dia. Alhamdulillah, menyepi bukan apa sebab sibuk dengan new projek new rezeki daripada Allah swt. Syukur Alhamdulillah

 Dengan rezeki tak sangka daripada Allah ni banyak wish list ilaa yang dah boleh achieve. Salah satu daripada wishlist tersebut adalah nak pakai braces. Wish list since 2013 lagi tau. Excited sangat bila dah mula nampak jalan nak buat braces ni. Dah tak pikir apa yang bakal ilaa lalui 😅 

Pada 29 April 2021 (Khamis), ilaa dapat appointment yang pertama untuk buat braces di Ar-Rizqin Dental Klinik. Dorang offer deposit serendah rm400 lebih macam tu. Sangat sangat murah compared to klinik dental lain. Makin excited laa bila dapat rebut peluang macam ni.

So, sepatutnya pada hari tersebut ilaa jumpa dentist untuk decide perlu cabut gigi ke tak tapi tak sangka Doktor decide untuk pasang dulu braces then cabut next time. Nervous lain macam 😬. Dulu ilaa lah juara jumpa dentist sebab tak takut langsung cabut gigi sekarang macam nak tersabut nyawa. So, procedure pemasangan braces berjalan macam biasa. Alhamdulillah went well.

Janggal gila nak bercakap. Macam nak tersembur air liur hakak tau tak 😂. Sometimes braces tu terlekat dekat bibir masa stok bercakap. Sometimes bercakap macam pelat pun hado tapi itu bukan menjadi isu sekarang. Sebelum ni ilaa tak pernah ambil tahu yang mula mula pakai braces ni mashaAllah sis cobaan saaaakittttttt!

Kenapa sakit?hari pertama sehingga hari ke tujuh which is hari ni tak boleh makan makanan keras langsung. Cuba korang bayangkan dahlah puasa, pastu kena makan bubur je. Sahur bubur buka puasa bubur. Stress dengan lapar dan sakit. Tak tahan sangat. Bila gigi bertemu gigi hazab. Nak tidur sakit sampai boleh rasa urat dekat kepala.

Uii, yang ilaa tahu sebelum ni ulser wajib ada lah sebab besi braces tu tajam dan bila dah kena isi pipi memang confirm laa mendapat. Hari ke empat dah mula boring makan bubur. Cuba ambil biskut celup air kosong, perh sedap dan nikmat boleh makan selain bubur dan untuk pengetahuan korang, semalam hari ke enam ilaa cuba makan loaded potato bowl.

Terliur tak boleh dibendung woi. Cuba gigit perlahan ayam tu ternyata hazab tapi ku gigit guna gigi paling hujung boleh laa telan daripada tak boleh makan langsung. Tiba-tiba pagi ni braces yang tiga tercabut/longgar sebab makan ayam semalam. Aisey cari pasal betul. Terpaksa lah buat appointment dengan dentist untuk betulkan balik braces tu. Kenapa yang ke tiga?dua lagi tu macam mana?hahaha

FYI, yang pertama awal-awal lagi longgar dan yang kedua sebab dek kerana gigi atas selalu je gigit gigi bawah sebab tu boleh tercabut. harap dentist kejap lagi tak bising. Bukan sengaja kot. Harap nanti raya Aidilfitri 13 Mei 2021 aku dah boleh makan macam macam. Begitulah hazabedah nak cantik untuk husband ni😅

Mudahan gigi aku kembali cantik dan teratur within 2 years. Amiin inshaAllah


 





Popular posts from this blog

Cheapmon atau Kenan

Pengalaman Si Ibu : Anak Tak Nak Susu Botol

Kesan Pil Yasmin Kepada Diri Sendiri