DIALAH SAHABAT DUNIA DAN AKHIRAT ~ AMIRAH SABARY~
Assalamualaikum wbt dan selamat kembali.
Selamat menjalani hidup dalam new norma dalam TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP). Dah lama tak update blog ni. Makin di anak tirikan disebabkan sangat sibuk dengan kerja hakiki dan bisnes mungkin!
Semasa dalam tempoh PKPB, ilaa dapat surprise daripada sahabat baik dunia wal akhirat. Teruja, happy dan macam-macam sebab I got birthday present yang ya Allah best dan sangat berguna untuk diri sendiri. Tadaa! telekung yang sangat selesa dipakai daripada Amirah Sabary😍
Nak nangis lagi dan lagi. Selalu je bagi present 🎁 yang best best. Macam dah tahu what the best untuk BPE dia sorang ni. Beruntung dapat sorang BPE macam ni. Tak perlu ramai yang menjanjikan bulan bintang, bila susah ditinggalkan macam tu je😢. One is enough
Kemain pula letak emoji mentang mentanglah blog dah new look and user friendly. Okay cukup merapu continue balik kepada tajuk asal😅. Dalam banyak banyak telekung, Ilaa memang paling suka yang mek (refer to BPE) bagi ni.
Tengok telekung ni ingat dia. Guna telekung ni ingat dia. Macam bayang bayang ek mek?hahaha. Terima kasih masih setia menjadi sahabat suka duka ilaa. Mek nak kacau ilaa anytime pun tak kesah. Ku dah anggap mek macam adik beradik sendiri since Diploma lagi💗
Lagipun family mek dah macam family ilaa. Segala suka duka semua mek tahu. Satu pun tidak tersimpan untuk diri sendiri. Ilaa always tunggu jodoh terbaik mek hadir suatu hari nanti. Usah risau kalau yang pernah hadir itu hanya sekadar menyakitkan hati. Tuhan tak pernah suruh belajar disakitkan dan dipatahkan hati tapi Tuhan nak kita belajar apa itu erti kasih sayang sebenar dengan orang yang tepat untuk disayangi😘
Terima kasih sekali lagi mempertahankan hubungan persahabatan ini sehingga ke hari ini. Teruskanlah menjadi sahabat yang mengingatkan dunia dan akhirat kepadaku
Agar suatu hari nanti, kebaikan yang kau pernah lakukan
Akan menjadi ingatan sampai mati