Selamat datang 2020








Image result for 2020 quotes

Assalamualaikum dan salam tahun baru 2020!
Kenangan dan pengajaran 2019 telah pun berlalu dan berlabuh dengan baik. Ujian dan cubaan pun turut pergi mengiringi masa lalu. Alhamdulillah atas rezeki pada tahun tersebut.

Tahun 2019 sangat mencabar dan kereta ilaa kena langgar hampir 4x! Hadoilaa, nasib si kancil. Jadi mangsa buli di jalan raya. Kereta kecil sama kecil pun dia langgar apatah lagi jumpa kereta yang lebih besar. Harapnya 2020 ni pemandu jalan raya ni lebih berhati-hati dan bermoral bila drive kereta dan membonceng motor.

Kali pertama ilaa kena langgar di traffic light oleh perodua Axia.Nombor plate dia masih baru dan berkilat lagi. Pemandu dia seorang pemuda lingkungan 20an. Terkejut ilaa time tu traffic light masih merah tiba-tiba dum!! Kuat bunyi nya sampai bergegar kereta dah lah bawak anak kecil.

So, ilaa dan si pelanggar kereta tu parking tepi jalan. Nampak dia cemas dan takut sangat sebab dia cakap dia tertidur dan tak perasan dia tertekan minyak. Mesti dia masih dalam gear 1 bukan free gear.Adoilaa, anak muda ni macam-macam kerenah dan nasib baik sikit pun tak terjejas kereta dia dan kereta ilaa.Sumpah itu ajaib!

Next, yang ni orang ingat ilaa langgar dia. Masa ni terkena otw balik ke rumah selepas ambil Aqil jugak tapi kali ni dalam bandar Kota Bharu. Bila dah hujan wajib jammed! Bila dah jammed wajib ler kereta semua slow. Masa dekat traffic light, tiba-tiba teksi depan ilaa keluar daripada kereta. Time tu hujan lebat sangat

Ilaa dah mula hairan bin ajaib. apakah dan mengapakah pak cik ni turun dan ketuk pintu kereta dalam keadaan hujan lebat?Fuh, soalan pertama 'adik langgar kereta pak cik ke?Pak cik rasa bergegar tadi kereta'. aku mula nak garu kepala yang tak gatal.Ilaa jawab takde, mana ada. Maybe pak cik tu kemungkinan tertidur ke apa.

Once ilaa buka tingkap dia tengok ada anak kecil sebelah ilaa, dia cakap takpela, akde pape. Kiro mudoh-mudoh jah deh.Aku tak paham betul kenapa pak cik tu cakap macam tu. Selepas tu terus dia kembali ke kereta. Orang lain semua pandang kereta ilaa maybe ingatkan rosak ke apa ke.

Seterusnya otw pergi hantar Aqil. Dekat sangat dengan tempat kerja dan masih situasi di traffic light juga. Masa traffic light masih merah dan kereta ilaa nombor 3 paling depan. Situasinya masa traffic light hijau kereta depan ilaa dah ready nak bergerak,ilaa pun sama dan kereta belakang pun sama.

Ceritanya kali ini adalah masa semua orang dah get ready nak bergerak dengan kelajuan masing-masing tiba-tiba van polis penjara datang dari arah kanan which is laluan ilaa dan kereta lain boleh ke kiri, straight dan ke kanan. Van polis penjara ni memang buat siren emergency sebab bawak banduan so dia takkan berhenti dan kenderaan lain kena bagi laluan kepada mereka.

At that time, kereta depan ilaa berhenti mengejut dan ilaa pun terpaksa berhenti mengejut tetapi kereta belakang ilaa tak noted kehadiran van polis tu so dia dah mula masuk gear get ready nak memecut untuk lampu hijau tu dan terus langgar belakang kereta ilaa dengan sangat-sangat kuat! Allahukbar!

Terkejut monkey ilaa bila terkena macam ni. dia saga lama yang ada bumper besi manakala ilaa si kancil yang kecil. Habis pecah cat bumper kiri dan nasib baik lampu belakang tak kena sekali. masa tu takkan ilaa nak berhenti tengah-tengah simpang 4 so ilaa drive depan sikit daripada traffic light tu.

Tunggu punya tunggu orang tu datang tapi malangnya tak datang-datang. So teruskan bawak kereta ke tempat kerja. Dah kali ke tiga kena langgar orang. Mungkin si kancil kena mandi bunga agaknya.
Asyik jadi mangsa kan. Kesian kancil.

Yang terakhir penutup 2019 adalah masih di traffic light tetapi dengan kenderaan yang jauh lebih kecil dari kancil iaitu si motor yang dibonceng oleh pemuda juga. Masa tu traffic light tu ada 2 lane. Satu lane untuk pergi straight dan satu lane belok kanan tapi ketika itu lane yang straight dah hijau dan lane kanan dah merah so ramai yang confuse if salah masuk lane tu.

Yang tu tak jadi hal.Yang jadi masalah apabila si motor ni bawak laju dan tak perasan kereta ilaa dah stop sebab lampu traffic light dah merah. apa lagi dum!! Sekali lagi langgar kereta ilaa tempat yang sama si saga lama langgar. Bertambah derita ku tengok. tambah satu eyeliner di mata kancil.

Ku tengok je pemuda tu ingatkan nak berhenti minta maaf apa dia bawak motor terus blah macam tu je. nampak macam tak takut langsung dan macam tengah blurr. Aku follow je sampai stesen minyak pon still tak berhenti. Malas dan plus takut jadi apa-apa ku isi minyak dan terus masuk kerja dan terus mengenangkan nasib si kancil yang selalu jadi mangsa di jalan raya.

semoga 2020 tak menjadi mangsa lagi di jalan raya.
sekian kisah sedih kancil 2019.

Popular posts from this blog

Cheapmon atau Kenan

Pengalaman Si Ibu : Anak Tak Nak Susu Botol

Kesan Pil Yasmin Kepada Diri Sendiri