Early Birthday Celebration Muhammad Aqil



Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah semalam selesai sudah majlis Hari Jadi Aqil yang awal lima hari by baba and mama sebab alang-alang nak sambut kedatangan saudara mara mereka yang baru pertama kali datang ke rumah mereka.

Mama orang kuat majlis yang all out untuk siapkan deco dan makanan. Terima kasih mama for everything. Every year sambut birthday Aqil. Ini tahun yang ketiga. Walaupun sambut awal, majlis tetap meriah. Makanan semua sedap!

Bermula daripada menu utama sehingga ke dessert. Perfect!! Syukur Allah hadirkan mertua yang sangat baik, supportive dan anggap ilaa macam anak dorang sendiri. Orang yang paling banyak tolong ilaa dan asben tak kira susah dan senang.

Semoga Allah membalas segala kebaikan daripada sekecil-kecil zarah dan sebesar alam di dunia mahupun akhirat. Anugerah yang sangat terindah. Allah kurniakan asben mak ayah yang baik dan mertua yang paling baik.

Mereka bukan sahaja baik dengan menantu bahkan dengan mak ayah ilaa dan adik beradik ilaa. Tak lokek dengan senyuman dan seorang yang ringan tangan. Tak berkira masa dan kewangan. Allahuakbar. Tersangat-sangat baik.

Terima kasih Allah atas kurniaan rezeki ini. Semalam majlis berlangsung sangat baik. Takde masalah. Terima kasih ma abah,ilie dan kak ma serta anak-anak saudara sudi hadir. Semoga Allah merahmati kalian. Terima kasih yang sudi sponsor segala-galanya untuk majlis semalam.


Popular posts from this blog

Cheapmon atau Kenan

Pengalaman Si Ibu : Anak Tak Nak Susu Botol

Kesan Pil Yasmin Kepada Diri Sendiri