Rumah Okey

Assalamualaikum
Tak lama lagi dah nak masuk tahun baru 2020. Alhamdulillah dah cukup satu bulan keluarga kecil kami menyewa. Aqil pon takde masalah sepanjang berada di rumah sewa. Cukup selesa bila dah ada privasi sendiri. Walaupun tinggal berasingan dengan keluarga, ilaa tak kekok sebab dah terbiasa tinggal di asrama masa belajar dulu.

Walaupun kami menyewa, tak pernah mertua dan ma miss datang ke rumah. Suka sangat-sangat. Rugi kalau tak ambil peluang duduk berasingan masa mula-mula kahwin.Nikmat dia lain macam. Nak buat apa-apa pun tak siapa kesah, tak perlu nak pikir perasaan orang lain.

Tuan rumah pun dapat yang baik. Seorang mak cik tinggal sorang diri berumur dalam lingkungan 60 lebih. Dah anggap macam mak sendiri. Sporting kau. Mana nak cari.Rumah yang baru, kawasan yang ok dan selesa. Ada privasi sendiri. Jiran pun dalam 3 buah rumah je tu pun adik-beradik tuan rumah.

Harap sangat boleh kekal lama menyewa. Malas nak cari rumah lain . Suami pun suka sangat rumah tu. Dia tiap pagi siram pokok yang mak dia bagi. Sapu lama rumah lah tanam pokok lah. Macam-macam aktiviti sendiri dia boleh buat bila dah menyewa ni. Ada waktu kita sendiri untuk beraktiviti gituh.

Tak banyak coretan hari ini sekadar untuk aktifkan blog ini sahaja. Sekian


Popular posts from this blog

Cheapmon atau Kenan

Pengalaman Si Ibu : Anak Tak Nak Susu Botol

Kesan Pil Yasmin Kepada Diri Sendiri