Ajaibnya Doa

Image result for doa
credit : google image


Assalamualaikum dan selamat petang
Tak terlambat kot untuk ilaa ucapkan selamat menyambut bulan Rejab. Lately agak malas nak update blog dek kerana terlalu busy dengan kerja-kerja dekat office dan part timer bussiness. Banyak benda nak kena buat dalam masa yang singkat.

Alhamdulillah kita dah masuk bulan berkat dan bulan pertama orang mengejar tambah amalan akhirat. Salah satu benda wajib kita sebagai orang Islam adalah DOA + USAHA. Ada orang setiap hari dia doa tapi nun jauh dalam hati dia tak YAKIN dengan Allah.

Lepas tu mula lah ragu-ragu dengan Allah dan persoalkan kenapa doa dia tidak ditunaikan . Dia tidak tahu bahawasanya Allah sedang merancanakan sesuatu yang lebih indah untuk hidupnya sebab itu kita digalakkan untuk bersangka baik dengan Allah swt.

Bukan dia tapi ilaa pun sama. Ketika diri dah terlalu penat dengan dunia maka tempat terbaik adalah di tikar sejadah. Solat 5 waktu jangan sesekali tinggal. Berdosa besar tahu tak. Sedih bila orang di sekeliling kita masih memandang temeh dengan solat ni. Bila susah baru nak cari Pencipta. Adil ke tak sebenarnya?

Hari ke hari usia kita makin meningkat. Apa yang patut ditambah kalau bukan amalan akhirat. InshaAllah semoga kita meninggal dalam husnul khatimah sahabat. Jangan lupa doa setiap hari. Usaha biar ada, agar semuanya tertunai. Aamiin

Popular posts from this blog

Cheapmon atau Kenan

Pengalaman Si Ibu : Anak Tak Nak Susu Botol

Kesan Pil Yasmin Kepada Diri Sendiri