Hernia Operation [09.10.2018]
09 Oktober 2018
Assalamualaikum
9 Oktober 2018 Selasa di HUSM Aqil selesai minor surgery hernia. Alhamdulillah everything went well walaupun agak keberatan dan sedih tengok keadaan Aqil macam dekat gambar atas ni. Time ni Aqil baru selesai di bedah. selama sejam je operation tu.
pada 8 Oktober 2018 kami diminta pihak HUSM untuk datang warded sehari awal sebelum tarikh pembedahan. waktu tu berat sangat hati nak packing barang dan pergi hospital. bimbang dengan keadaan Aqil lagi dengan trauma dengan doktor dan nurse lagi. macam mana lah nak stay sampai 3 hari.
pagi tu sebelum serah diri di hospital, baba dan atem nak sponsor wad berbayar demi keselesaan Aqil tapi banyak sangat dugaan untuk dapatkan bilik tu. mulanya everything going smoothly. atem mintak tolong kawan dia booking awal-awal bilik tu but once kami sampai di hospital, doktor pakar di wad 2 selatan tak benarkan.
kecewa memang kecewa tapi terpaksa kena redha. hari pertama Aqil dah mula merengek dan meracau. dia dah mula tahu dia sebenarnya berada di hospital. berulang alik asben bawak dia keluar wad supaya tenang. memang dia tak nak langsung duduk atas katil tu. dia dah nampak ramai kelibat doktor dan nurse.
ilaa dah mula risau. macam mana nak stay sampai 3 hari ni if hari pertama dah gagal. beberapa jam lepas tu Aqil dah mula tenang dan boleh duduk bermain-main dengan toys dengan tenang. dah mula ajak papa dia round wad. tapi tiap kali nurse datang ambil tekanan darah dia mula meraung macam kena cocok. aduyaiii anak. sampaikan nurse tu gerun dengan Aqil.
keesokkan harinya adalah hari operation Aqil dan dia orang pertama yang akan dibedah daripada 6 pesakit lain disebabkan dia paling muda. pukul 8.30 nurse minta pakaikan baju surgery untuk standby masuk pukul 9 pagi. masa tu jantung ilaa macam nak tercabut memikirkan anak akan ditoreh dan dibedah orang.
selama sejam dibedah Aqil sedar selepas setengah jam tu. sedih sangat tengok muka dia. tidur lena macam tak perlu pikir masalah bagai. selepas dia sedar, nurse datang untuk masuk wad dan dia macam trauma giler tengok muka doc and nurse. kesian anak mama.hmm
alhamdulillah hari ke tiga dah boleh discharge.walaupun dia masih lagi trauma tak boleh jumpa orang tapi perasaan tu sangat-sangat lega bila dah boleh tidur tempat/rumah sendiri. semoga Aqil kembali sihat seperti biasa dan selera makan makin bertambah. InshaAllah.aamiin