Mama Moments : Aqil 1st School
imej atok google
Assalamualaikum w.b.t
Semalam satu episod sedih buat mama Aqil. Satu pengalaman baru sebagai mak. Satu pengorbanan besar buat ibu-ibu yang bekerja.Satu kewajipan buat ibu yang bekerja.Suspen tapi itulah kenyataan kan.
Semalam 08 April 2018 Aqil masuk tadika homalee. Walaupun umur dia baru 1 tahun 3 bulan, ilaa terpaksa hantar dia disebabkan mak ilaa kena jaga baby newborn . So, ilaa tak nak susahkan dia. Ilaa and asben decide hantar ke tadika homalee.
Ilaa rasa yang ilaa ni seorang mak yang kejam bila hantar anak kecil lagi ke tadika. Kita bercerita maybe ada yang faham ada yang tak. Orang yang menanggung je rasa kan. Demi kebaikan anak dan demi kebaikan semua, ilaa paksakan diri untuk hantar jugak anak ke tadika.
Walaupun berat sangat hati ni nak lepaskan tapi terpaksa demi melihat dia membesar dengan baik. Biar dia berdikari dan mampu berkawan dengan semua orang. Pengorbanan itu nampak kecil walhal itu pengorbanan terbesar bagi setiap ibu.
Merelakan anak sendiri dijaga oleh orang luar. Merelakan anak disuap makan orang luar. Dimandikan dan ditidurkan. Kau ghase semua tu mak dia mintak ke?Nak cari sesuap nasi demi anak tercinta bukan semudah ABC. Baca dan sebut.
Umpama kau baru nak belajar membaca. Susah untuk permulaannya inshaAllah senang bila dah fasih. ilaa pon macam tu jugak. Setiap orang akan mengalami fasa ini tetapi dengan cara berbeza-beza. Kalau hati dia sekeras batu pon, bila hal berkaitan anak semuanya tumpas.
1st day Aqil dekat school, kami laki bini cuti. Tak nak terlepas saat pertama kali hantar anak ke tadika. Pada mulanya dia merengek nak ikut ilaa balik lepas tu terus kakak guru ambil bawa masuk. Bimbang tak jadi hantar anak masuk tadika kot.
Selepas beberapa jam kemudian, tiap sejam tengok jam. Lambatnya masa berputar nak peluk anak. Bila ambil Aqil dekat school, tengok mimik muka dia macam sedih dan merajuk sebab tinggalkan dia di tempat baru. Sorry sayang,mama buat macam tu untuk kebaikan Aqil jugak.
Air mata ni dah gugur banyak kali. Letak anak tadika je pon macam berpisah selamanya. Senang je kan bila bercakap ni kalau tak pakai hati. InshaAllah semuanya going well. Cuma makan masa sikit untuk si Aqil suaikan diri di tempat baru.
Hari ni 2nd day kakak guru cakap dia nangis jap pastu sambung main. Pastu bila ingat mama papa, dia nangis lagi sampai mengantuk dan tertidur. Itu pun kejap je tidur sebab tak biasa dkt tempat baru. Gugur lagi air mata bila dengar camtu.hmmm
Semoga Aqil dpt sesuaikan diri dengan cepat ye syg!
Mama miss u soo soo much!