A Moment to Remember : Aqil Dah Boleh Makan Nasi Keras

Image result for baby eating
kredit : atok google image

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Dah masuk 23 Rejab dah. Maksudnya tak lama lagi nak masuk Syaaban. Sangat-sangat cepat kan. Anak pon dah banyak belajar benda baru termasuklah suasana baru.

Alhamdulillah kesan positif pertama selepas hantar aqil masuk tadika adalah dia dah mula makan nasi keras. sebelum ni dia tolak mentah-mentah nasi keras. kali ni ilaa try bagi dengan sup. dah standby buka mulut tunggu orang suap.

Suka nya bila si manja mula makan. sebelum ni dia makan nasi bubur je. kalau tak masin tak sah. next time inshaAllah nak try bagi nasi dengan ayam pulak. mana tahu dia terima. inshaAllah. 3rd day kurang sikit risau tak macam hari pertama.

Mil and fil bagitahu Aqil suka school walaupun kadang-kadang nangis jugak. Harap-harap cukup seminggu dia dah boleh biasakan diri dengan school. pandai berdikari dan macam-macam lagi. Kuatkanlah hati kami Ya Allah.

Jauhkanlah anak kami daripada bencana-bencana daripada manusia mahupun persekitaran sekeliling. aamiin

Popular posts from this blog

Cheapmon atau Kenan

Pengalaman Si Ibu : Anak Tak Nak Susu Botol

Kesan Pil Yasmin Kepada Diri Sendiri