Review : Jamu Ratu Dara



Image result for jamu ratu dara
pinjam gambar atuk google


Assalamualaikum!
Hari tu ilaa review berkenaan dengan pil perancang yasmin. Kali ni ilaa nak review pasal kebaikan jamu ratu dara dekat korang. Ni feedback ilaa sendiri. Kalau korang ilaa tak tahu lah kan macam mana. Samada serasi ataupun tidak. Jamu ni anak dara pun boleh consume. Nama lagi ratu dara uols.My office mate consume this jamu sampai habis satu botol. Tu tandanya ok la dop?hee

Kenapa tak continue je pil yasmin?ohoii, ilaa ni bukan jenis setia dengan satu produk chuols. sebelum ni BVRC, pastu pil yasmin. Kali ni berpaling arah pada Jamu Ratu Dara. Nak cuba lah kan satu-satu. Mana tahu hasil kebaboom uols.

Ilaa mula consume JRD ni dalam bulan Januari ke Februari macam tu lah. Alhmdulillah serasi dengan ilaa. Kenapa? Antara kesannya adalah :

- period jadi teratur
- kulit jadi makin gebu dan mulus

Hari pertama consume JRD ni ilaa rasa mengantuk sangat-sangat. Kena tidur dulu dalam 5 minit. Lepas dah terbiasa makan jamu ni,dah tak ngantok. Next untuk ibu BF, dia takkan keringkan susu. Orang cakap jamu ni panas dan jangan risau sekiranya tekak mula rasa kering. Dahaga tu macam lepas marathon. Itu mungkin kesan di awl pengambilan jamu ni.

Untuk avoid anak ilaa terkesan dengan jamu ni, ilaa akan makan semasa di pejabat sahaja. Untuk pengetahuan korang, jangan sesekali makan jamu ketika perut kosong. korang akan mengalami gastrik yang teruk dan sakit kepala yang teruk.

Peringatan !!
Sila minum banyak air untuk mengelakkan badan dehydrated.

Maaf, ilaa bukan agent mahupun seller JRD. Ilaa hanyalah berkongsi dengan korang apa yang ilaa cuba sahaja. sekiranya ada kesan sampingan ataupun korang ada penyakit yang boleh mengundang kesan tidak baik, seeloknya rujuk dahulu doktor ye!

sekian


Popular posts from this blog

Cheapmon atau Kenan

Pengalaman Si Ibu : Anak Tak Nak Susu Botol

Kesan Pil Yasmin Kepada Diri Sendiri