Appreciate Post :Dua-Dua Aku Sayang

Image result for mother and mother in law quotes 

Assalamualaikum
Selamat Tahun Baru 2018. Masih tak terlambat lagi kan nak wish?hee. Have been busy for a while bila masuk tahun baru ni. Sebagai mak, pekerja dan peniaga. Senang tak senang , susah tak susah. Korang yang in the same shoes with me tahu lah macam mana kan.

Once blessed with a wonderful mother
I am twice blessed with my mother -in-law 

Indah dan cantik sungguh kata-kata di atas ni. Dikurniakan mak dan mil yang sangat-sangat baik dan pemurah,polite dan caring. Umpama memiliki dua orang ibu. Beruntung kan ilaa?Alhamdulillah, itu antara nikmat rezeki ilaa yang Allah kurniakan. Rezeki tak semestinya dalam bentuk wang ringgit .
Allah hadirkan orang yang baik itu pun dikira rezeki.

Teringat ilaa bila kena warded selepas deliver si Aqil. Malam tu ma,abah,mama dan baba semua ada tunggu kelahiran si kecil ni. Masa ilaa tengah dalam proses check 'jalan', ilaa ditinggalkan sorang-sorang dalam bilik scan. Bayangkan masa tu takde orang langsung. Sejuk sangat dan ditinggalkan almost sejam dengan keadaan contraction yang kuat.

Nasib baik dah pakai sweater dan stoking siap-siap sebab kakak-kakak yang lain pesan yang dalam labour room sejuk giler. Apa lagi terus ilaa whatsapp asben cakap tak tahan sakit pastu kena tinggal. Sepatutnye at that time nurse bagitahu lah ilaa yang Doc ada patient. Tak yah lah tinggal aku sorang-sorang . Macam dalam bilik mayat pon hado.

Masa nurse and doc datang, dorang macam perli ilaa tapi masa tu tak tahu lagi si asben pi marah dekat kaunter sebab tinggal ilaa sorang-sorang but dorang baik hati sebab dorang mintak maaf sebab tinggal lama ilaa sorang-sorang. Pastu akak nurse dekat kaunter yang garang tu cakap asben ilaa ada tinggalkan air dan boleh keluar kejap jumpa dorang sebelum kembali warded .

Masa tu rasa macam nyawa-nyawa ikan pon hado. Masa keluar tu jam dah tunjuk pukul 1pagi and masa tu nak menitik air mata tu bila tengok abah tersengguk-sengguk dekat pintu, ma and ibu takde dekat dalam sebab ma memang tak boleh lama duduk hospital. nanti dia akan muntah sebab bau ubat. masa tu asben dan mama ada sekali. mama datang urut-urut belakang bia lega contraction.

Lepas tu ilaa kena suntikan Epidural disebabkan 'jalan' baru terbuka 2cm dan contraction terlalu kuat. Walaupun kena suntikan Epidural, sakit contraction tu lagii kuat. Trust me sakit beranak tak sangat tapi contraction ni since pukul 2 petang sampai ke beranak subuh tu ilaa kena hadap. Ujian Allah. Masa tu hanya kematian je dalam kepala ni.

Masuk subuh tu ilaa selamat melahirkan si kecil Aqil dan terus di bawa keluar ke ward yang lain . Masa tu mama datang untuk jaga ilaa. Dia siap bertekak dengan nurse untuk jaga ilaa. Nanges lagii. last-last kena patuh dengan peraturan hospital juga. After dia salin pampers si Aqil, dia keluar sehingga lah waktu melawat baru masuk balik.

Ilaa ingatkan dia dah balik time tu. Syukur sangat masa tu ada mil yang baik hati macam tu. Rezeki ilaa aritu bila doc datang check terus dia cakap dekat ilaa dah boleh balik. Hooray! Hepy giler kot. Tengahari tu terus ilaa boleh balik. Mil dah mula rindu kan si Aqil. Maklumlah ni cucu ke dua mil daripada anak sulungnya.

Bila dah balik rumah turn maa pula ambil alih untuk jaga ilaa. Maa jaga betul-betul macam orang sakit. Dia tlg mandikan Aqil buat makan minum pantang ilaa. Makan tu wajib 3x sehari. Kesian tengok ma ke hulur ke hilir buat kerja rumah lagi.Semoga one day ilaa dapat jadi mak macam maa dan mama.InshaAllah.

Dear ma and mama,
I was the luckiest person ever in the world to have u
No one can replace no one can be just like u
Money is nothing compared to your kindness
Me Love u so much ma and mama

I hope I would be a greatest mama to my son just like them.InshaAllah 

_ilaasuhailaa_

Popular posts from this blog

Cheapmon atau Kenan

Pengalaman Si Ibu : Anak Tak Nak Susu Botol

Kesan Pil Yasmin Kepada Diri Sendiri