Memories : Achieve Dreams From Calendar

Image result for calendar

 Assalamualaikum..
Tak lama lagi dah nak masuk tahun baru. Bertambah lagi satu angka umur kita. Rasa diri ini dah makin tua. Alhamdulillah target ilaa untuk nikah pada umur 25 dan ada anak tercapai. Syukur. Apa kena-mengena dengan kalendar pulak?

Tiap orang punya cara yang berbeza-beza untuk capai apa-apa target hidup mereka. Ilaa pun sama. Apa yang ilaa nak target ilaa tulis siap-siap dalam kalendar notes dalam telefon. So, bila dah sampai tarikh tu reminder akan keluar kan?heee. Tu tujuan utama ilaa . Benda yang kita tulis 3 4 bulan lepas belum tentu kita akan ingat balik. Betul?

So, untuk merealisasi impian dan angan-angan mat jenin eh bukan. Impian dan angan-angan hidup, ilaa dah set mana-mana bulan dalam kalendar. Takde orang yang mampu ingatkan masa depan kita melainkan diri-sendiri.Tiada yang mampu bagi kesedaran kalau bukan kita sendiri.

Tahun lepas ilaa target nak kahwin umur 25 pada tarikh birthday ilaa 13 Mei . Dah tulis siap-siap aku nak kahwin pada tarikh tersebut dengan xxx. Kemain senyum gatai masa duk tulis tu. Kahwin kan siapa tak nak. Alhamdulillah target kahwin pada umur 25 tercapai dan paling tak sangka awal  daripada expected tarikh tu iaitu pada 9 Februari 2016.

Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang paling baik. Alhamdulillah

Ilaa terkejut bila selepas selamat dinikah kan pada bulan tersebut, tup-tup sebelum tidur keluar reminder aku nak kahwin dengan xxx itu adalah asben ilaa sekarang ni. Kelakar pulak. Cepat-cepat ilaa tunjuk dekat asben reminder yang keluar ni. Tak pasai kena perli dengan dia T_T.

Fyi, ilaa dengan asben dulu tak bercinta pon. Kawan bisnes kawan baik kawan sampai mati. Teman tapi mesra. Dia jaga ilaa macam ilaa ni makwe dia . Thats why ilaa berangan nak kahwin dengan dia.hahaha. Allah Maha Mendengar. Setiap doa kita Dia Maha Mendengar. Jangan ragu-ragu tau ketika berdoa. Letakkan Allah 100% nescaya awak akan dapat apa yang awak doa.InshaAllah.

Haa, nak target apa-apa awak boleh buat macam ilaa buat. Good for you too!hehehe


 

Popular posts from this blog

Cheapmon atau Kenan

Pengalaman Si Ibu : Anak Tak Nak Susu Botol

Kesan Pil Yasmin Kepada Diri Sendiri