Jangan Serkap Jarang
Assalamualaikum!
Hai selamat tengahari. Alhamdulilah sejuk bumi Kelantan hujan di pagi hari lagi. Makin teringatkan anak di rumah dan bantal je ni*apadaa..kirija laa. Actually, mata ni dah mengantuk sakan dek cuaca yang sejuk plus banyak dah kerja yang dah settle.
So, disebalik mengantuk yaa amat datanglah idea nak menulis entri pada waktu mood swing ni. Tahu tak apa maksud serkap jarang? Itu simpulan bahasa tau. Jangan gi godek google translate. Karang keluar maksud yang berbeza. Serkap jarang ni maksudnya tuduhan yang dibuat tanpa fakta/bukti yang kukuh ataupun secara agak-agak sahaja.
Kadang-kadang minded orang ni berbeza-beza tau. Nak cakap kebanyakan tak tapi majoriti macam tu*jangan kecam ahkak. Too much negativity sebelum bertindak. Tak fikir dulu apa kesan serkap jarang ni. Nak buat canne, dah batu api pon ramai. So, tak kesah lah si pendengar pun terus terbakar dan menyerang sesiapa sahaja suspek yang disebut.
Kita bila dah marah dah tak pikir panjang dah. Terus aje ikut kepala sendiri dan telan je bolat-bolat apa yang didengar. Nonono. Baca hadis di bawah :
Nabi SAW bersabda maksudnya : ”Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring” (HR Ahmad & Abu Daud)
”Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam." Nabi saw mengulangi ucapannya 3 kali. (HR Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)
Haa, faham tak. Jangan serkap jarang dalam keadaan marah dan emosi tak stabil. Perasaan itu datang bersama-sama dengan hasutan syaitan. Hadis seterusnya Nabi SAW ada menyebut :
"Ssesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwuduk.”
So, sebelum bertindak fikir lah walaupun 1000x daripada diri sendiri ditimpa masalah dek perbuatan diri-sendiri. Okbai!!