Bukan Takde Jodoh
Assalamualaikum!
hai awak selamat tengahari.
Dah lama rasanya tak update blog walaupun mine is biasa-biasa jur *mata ke
bahu tangan ke atas. Sibuk dengan rumah tangga, kerja harian dan bisnes
online. Haa, 90% untuk family dan 10% sahaja untuk diri -sendiri. Siapa kata
kahwin tu best?hahahhaa. Gurau aje, jangan ambil serius dongg.
Rata-rata
kawa-kawan ilaa asyik merungut bila lah jodoh nak sampai?orang lain dah
beranak-pinak. Kita ni partner pon takde.Ilaa bukan nak mendabik dada nak cakap
yang ilaa ni layak nak bagi nasihat ke apa. Bukan tau. Sekadar berkongsi
pendapat untuk awak dekat luar sana yang masih menunggu JODOH jatuh ke riba *ada
ke istilah camtu?.
Sebenarnya awak
tak payah risau sampai tak boleh tido malam pasal JODOH ni. Lambat cepat memang
akan sampai. Kadang-kadang dalam keadaan awak tak sedia pon DIA boleh datang.
Sekarang ni maybe JODOH tu sedang intai awak daripada jauh.Doakan yang terbaik *klise
je bunyinye tu.
Bercinta 10
tahun, kahwin tak sampai setahun dah CERAI!
Kenal tak
sampai sebulan dua, terus NIKAH dan HAPPILY LIFE till hereafter.
Jangan anggap
nikah ni semuanya SWEET macam madu. PAHIT macam HEMPEDU ahkak
woi. Awak tua ke muda ke bukan jaminan rumah tangga bahagia. Janji korang tahu
tanggungjawab masing-masing dan sentiasa percaya kepada keupayaan , kelebihan
dan kekurangan partner sendiri. Sempurna itu tidak boleh dicapai sebelah pihak
sahaja.
Kau panjat
tangga sorang diri, kau yakin ke dengan keselamatan yang ada untuk naik ke
tempat yang lebih tinggi?Tanpa bantuan partner kau untuk melindungi hingga BERJAYA
ke tempat yang ditujui?
Pegang kata-kata
ni :
"Berikanlah
yang terbaik untuk ALLAH, maka ALLAH akan berikan yang terbaik
untukmu"
Jodoh
yang terbaik takkan selalu hadir dengan cara senang. Adakala diuji dengan
macam-macam cara. Dah berkenan, dah merisik,dah bertunang tetapi berakhir
dengan PUTUS. Dah KAHWIN berakhir dengan CERAI.
Nauzubillah. Minta jauh daripada godaan syaitan yang direjam tu. aamiin. Usah
dengar kata-kata orang sekeliling. Kadang dorang berbasa-basi je nak tanya
khabar. Buat modal nak mulakan perbualan lah katakan *mak jems sangat uols.
Janganlah
korang melawak tanya suami orang pulek. Kan tak pasai korang pula jadi next
mangsa VIRAL like gosip Aliff Aziz keluar dengan perempuan semasa isteri
berpantang 20 hari *cubaan rumah tangga. Haa, sebab tulah ilaa cakap
KAHWIN ni bukan macam dalam drama.
SWEET dan ROMANTIK bukan JAMINAN kebahagiaan.
SWEET dan ROMANTIK bukan JAMINAN kebahagiaan.
Ada je
orang bahagia walaupun $$$ kering. Ada je orang lena tido walaupun suami/isteri
tak sempurna. Jangan ambil sangat DUNIA. Buanglah sikit KEDUNIAAN tu.
Allah pon tak suka hambaNya kejar dunia. Kau dapat apa?haaa, ustajah dah mai
dah.Pikir sendiri.
Dulu
ilaa pon pernah dikecewakan. At that time, half of my life was gone. Tu baru
putus cinta dengan manusia. Kalau dengan Allah?haa, tak tahu lah macam mana.
Lepas daripada peristiwa tu, ilaa mula dekatkan diri dengan Allah. Solat hajat TAK
PERNAH tinggal supaya Allah s.w.t hadirkan partner terbaik untuk ilaa.So,
jangan tinggal solat wajib dan solat sunat. Kita kejar kebahagiaan
dengan Allah, InshaAllah kebahagiaan DUNIA menanti.
From
now on, sementara single ni fokus lah kepada hal akhirat. Nanti dah ada anak ,
masa tu lah menyesal tak buat ibadat betul-betul. Trust me. A good time will
come to you soon. Maybe not today not tommorrow but maybe some day.
InshaAllah
.
Ilaa
doakan yang terbaik untuk awak yang baca blog ilaa ni *psst, yang masih
single shj ok!