Kebaikan Buah Delima #info
MANFAAT DELIMA
- Dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Penelitian dijalankan
American Journal of Clinical Nutrition, mendapati antioksidan dalam delima
dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan
kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
- Dapat mencegah dan mengubati barah. Buah delima memiliki khasiat
mencegah dan mengubati pelbagai jenis barah. Jus delima dapat menghancurkan sel
barah payudara dan mengaktifkan sel sihat. Ini kerana ekstrak biji delima kaya
dengan polifenol yang berupaya memulihkan leukemia.
- Ia merencatkan barah paru-paru dan prostat. Dalam penelitian terhadap
50 lelaki yang minum 205 gram jus delima setiap hari didapati melambatkan
ukuran perkembangan barah prostat.
- Buah delima dikatakan mencegah dan melambatkan penyakit Alzheimer.
Kajian dijalankan ke atas tikus yang diberi minum jus delima menunjukkan sel
aktif meningkat.
- Kandungan gula dalam delima bertindak sebagai ‘penggosok’ untuk
menyingkirkan sel kulit mati. Hasilnya kulit segar dan muda.
- Kulit buah delima boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat.
Kulitnya yang dijemur dikisar dan digunakan bersama sedikit air perahan limau
nipis.
- Dapat menghilangkan kejang kaki yang biasa dihadapi wanita hamil.
- Bagi ibu mengandung, delima baik diambil kerana kandungan asid folik
tinggi mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum
tulang belakang dan langit bibir sumbing pada bayi.
kredit to : hmetro