Sukar Memahami Perasaan Pasangan



Assalamualaikum dan selamat pagi..
Haishh, cintan cintun,sayang entah pe lagi yang berkait rapat dengan perasaan ni sangat sukar nak cari ubat. Once dah sayang, hati sakit pom tetap melayan. Susah jugak kalau dapat lelaki yang tak pandai dan kekok dalam mengambil hati perempuan ni.

Kadang-kadang rasa macam tunggul kayu pon ado. Cop!!! ini bukan kisah ila tetapi nak bercerita tentang apa yang dirasa oleh kawan sendiri. Sakit hati pom ada kan dah pelbagai hint bagi tapi macam takde perasaan je bile kita ada masalah or nak luah apa-apa pon.

Yee, ila tahu tempat yang sepatutnya kita luah paling tepat adalah di tikar sejadah tapi kadang2 kita nak gak komunikasi dua hala yang mana kite meluahkan apa yang terbuku di hati dan orang yang mendengar pula memberi respon dengan memberi nasihat or anything else lah kan.

Betulkan orang kata, kalau dah sayang buat la macam mana pon kita tahan dan sabar. Tapi kena ingat, sampai satu tahap, perasaan tu akan pudar dengan perlahan-lahan dan jangan terkejut jika one day orang yang kita sayang tu lari dan menghilangkan diri. Masa tu tak payah pujuk rayu bagai dan menangis keluar darah pom dah tak guna.dah tak guna!

So, bagi mereka yang tak nak kehilangan orang yg tersayang tu silalah sedarkan diri anda. Dah kira beruntung la kalau ada orang sayang. Sila hargai orang di sekeliling anda sementara mereka masih ada dan sayangkan anda.

sekian

Popular posts from this blog

Cheapmon atau Kenan

Pengalaman Si Ibu : Anak Tak Nak Susu Botol

Kesan Pil Yasmin Kepada Diri Sendiri