Kita Tiada Hak
Selamat petang. korang dah lunch ke belum?sila isikan tong perut anda segera nanti masuk angin. jangan muntah sudah baca entry ila kali ni. sekadar berkongsi pendapat dan bercerita. ayuh!!
Syukur sangat kan bila kita dilahirkan dalam islam. Alhamdulillah.berada dalam negara yang aman. tengok di Syria. MasyaAllah, mereka harus berjuang bermati-matian demi Islam.sedih sangat bila mengenangkan nasib mereka akibat daripada kekejaman zionis. semoga Allah bersama mereka dan memberi kekuatan dalam menempuh dugaan yang sangat berat ni.
Korang, kenapa kita sesama saudara islam senang hati nak neraka dan syurga kan saudara kita?kenapa?kenapa?layakkah kita menghukum orang tanpa kenal mereka?kita pon manusia biasa,kalau boleh jangan cepat menghukum orang. atleast tegur lah mereka dengan berhemah.
Islam anjurkan cara terbaik untuk menegur bukan dengan cara kekasaran,bukan dengan membalas dendam dan bukan dengan cara membunuh.bukan!!lihatlah dunia hari ni kawan, nyawa diambil umpama membunuh itu sekadar mainan. Nauzubillah. dimana iman mereka?dimana sifat perikemanusiaan mereka?
Ilaa tak nak membebel banyak. cukup lah sekadar coretan ringkas ilaa. lebih baik ambil iktibar daripada apa yang berlaku daripada terus berfikir dgn akal pendek. Wallahualam.