Pekerjaan yang tak disangka..
Malindo Air
Assalamualaikum w.b.t.Alhamdulillah, finally blog ni ter'update jugak. Kesekian kali mencari idea, mencari dan mengejar idea. Inilah hasilnya (ayat mula matang). Cer tengok jap tajuk entry ila hari ni.. ^__^
Betul dan sangat tepat sangat lah kata orang, benda yang kita tidak rancang, kadang-kadang akan terjadi dalam hidup kita. Ila tak pernah sangka yang ila berpeluang untuk bekerja dalam syarikat Airlines. Selama nie bajet kerja ofis je.
Bukan nak megah dan bukan nak menunjuk, itu adalah sekadar luahan ila. Siapa tak nak bacam sila keluar dengan segera *ini adalah ugutan. cehhh, ila gurau jelah. Korang nak tahu tak, punya lah nervous masa mula-mula bekerja dengan airlines nie. Bak kata bos ila 'zero mistake'.
ZeroOo Mistake!! Masa tu ila pikir, aish manalah ada orang boleh buat zero mistake. Masa tu dah gelabah giler. Kerja must be done by team. Maklumlah, ila kan orangnya pendiam. (lahh sangat). Tak kenal maka tak cinta. Bila dah berbulan2 ila kerja dengan MalindoAir , ila terrrrsangatlah hepi sebab kitaorang dah macam adik beradik..
Ila pula tak pernah ada experience macam nie. This is the greatest and wonderful moments to me. It should be my first and last experience. Pelbagai kerenah passenger ila kena layan kena hadap hari-hari. Dulu nak tengok aeroplane, kena pi airport or tengok dalam tv je..
Sekarang, haaa amek kau. Hari-hari sentuh kapal terbang. Tolong jangan muntah ek..hee. Kita kadang-kadang nak merancang benda melebihi yang mampu, tapi Allah tu Maha Mengetahui yang mana baek or tidak untuk kita.
Hari ini, esok dan semalam adalah hari yang berbeza. Segalanya bermula dgn niat. Sekadar berkongsi pengalaman dan sekadar bercerita itu sudah cukup ila untuk menghargai pengalaman ila hari ini..
sekian..