Tips dan Panduan Menghadiri Temuduga : Semasa & Akhir Temuduga
Semasa Temuduga :
- Beri salam atau ucapan selamat kepada panel temuduga.
- Mendengar dan menjawab soalan dengan betul.
- Mempunyai keyakinan diri dan motivasi yang tinggi.
- Bersikap tenang dan tidak gementar. Jangan sesekali menguasai sesi temuduga.
- Jangan membesar-besarkan diri serta bercakap panjang atau bercakap banyak.
- Jangan cerita masalah peribadi seperti urusan rumahtangga, kesihatan diri atau masalah kewangan.
- Jangan bertengkar dengan panel temuduga. Sekiranya calon tidak bersetuju dengan pandangan yang diberi oleh panel temuduga, berilah pandangan lain secara berhemah.
- Jangan mengkritik bekas majikan anda atau mana-mana pihak lain.
- Jangan mengunyah gula getah atau makan gula-gula semasa temuduga.
- Jangan menunjukkan 'silent' protes jika lambat dipanggil panel temuduga.
Akhir Temuduga :
- Biarkan panel temuduga menamatkan sesi temuduga.
- Apabila sesi temuduga tamat, berilah ucapan terima kasih kepada panel temuduga kerana meluangkan masa dengan anda.
- Sebaik sahaja sesi temuduga tamat, tinggalkan bilik temuduga dengan segera dan bersopan santun.
- Pastikan barang-barang milik anda tidak tertinggal.