perhatikan lirik ini..by Aeman buatmu ibu

lagu ini dimaenkan oleh kumpulan nasyid Aeman..
sungguh sedih bile menghayati lirik lagu nie..
this is for u mom!


Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan

Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan

Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku

Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu

Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku

Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai

Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

p/s : tiada sebarang nilai utk dibandingkan dgn pengorbanan yg dilakukan insan bergelar ibu,mama,ma,umi,mummy..hanya doa aku mengiringi insan yg aku sayangi... (n.n)

Popular posts from this blog

Cheapmon atau Kenan

Pengalaman Si Ibu : Anak Tak Nak Susu Botol

Kesan Pil Yasmin Kepada Diri Sendiri