3 Oktober 2019

Assalamualaikum wbt
Salam bulan Safar salam Oktober. Kemain cepat masa berlalu. Anak pula dah makin besar dah makin cerdik dan of course dia paling excited nak pindah rumah baru.weeee. harap-harap Aqil ok sahaja dengan tempat baru dan lebih ada privacy dan itu one of my wishlist 2019 untuk duduk menyewa sendiri bersama-sama keluarga kecil kami

Alhamdulillah
Allah permudahkan segalanya. Maka bermula Ahad depan I'll be a strong mother to hantar Aqil setiap hari di Homalee. Bayangkan rumah di Pengkalan Chepa hantar anak di Kota Bharu. Its ok bila lagi nak rasa nikmat 'susah'. Dulu semua benda terhidang depan mata. If tak maa abah tolong, mertua yang always manjakan dan sediakan tempat tinggal yang selesa.

Bagi ilaa, nikmat paling besar dalam hidup adalah dapat suami yang bertanggungjawab dan baik serta mertua daripada 'syurga'. Bila ilaa cakap macam tu bukan bermakna kami tak pernah salah faham ke apa. Apa orang cakap lagikan lidah boleh tergigit apatah lagi kita yang hidup bersama-sama tiap hari. Tengok muka yang sama hari-hari.

Bila ada yang tak kena mertua ilaa tegur je. Bukan cakap belakang. Dia seorang guru pencen dan of course seorang yang tegas but dia memiliki hati yang sangat mulia. Ilaa beranak di hospital dia sanggup tunggu, satu hari sebelum beranak dia dan maa standby dekat labour room. Siap urut-urut ilaa. Allahuakbar, menangis dek kerana tengok kesanggupan dia untuk menunggu dan membantu ilaa walaupun dia sendiri dah tak larat

Banyak sangat dah pengorbanan dorang terhadap ilaa dan aliff. Ini lah doa ilaa sebelum mendirikan rumah tangga agar dikurniakan keluarga mertua yang baik dan boleh anggap ilaa ni sebagai anak bukan menantu. Syukur atas kurniaanNya.

Korang yang single, bolehlah mula doa benda-benda macam ni. Perkahwinan ni satu perjudian bukan mainan. Nak + suka kahwin. Tak nak cerai . Bukan macam tu ok.

sekian


Popular posts from this blog

Cheapmon atau Kenan

Pengalaman Si Ibu : Anak Tak Nak Susu Botol

ALHAMDULILLAH 20 FEBRUARI 2023