HFMD


Assalamualaikum wbt
Anyone boleh agak tak kenapa dengan tangan si Aqil. Benda ni mula jadi minggu lepas bila badan Aqil mula panas dan hidung berair dan merengek-rengek bila di taska. Ilaa tak expect ni simptom awal HFMD.

Isnin lepas ibu selaku ibu saudara dan owner taska homalee tu call ilaa. Dia cakap badan Aqil panas dan merengek macam demam. pastu yang paling terkejut bila ibu cakap ada bintik-bintik merah naik dekat muka dan mulut Aqil.

Mula-mula ilaa ingatkan Aqil naik campak disebabkan anak kembar ilaa naik campak so ingatkan kes berjangkit. Jadi ilaa minta kebenaran bos untuk ambil time off balik awal untuk ambil Aqil dekat school. Sampai je dekat taska ilaa tengok Aqil macam moody dan letih.

So, asben ajak ilaa pi klinik Nik Azam,Pasir Mas. Kenapa sampai kena pergi Pasir Mas? Kalau korang nak tahu, doktor dekat situ pakar kulit terkenal dan ubat dia mujarab. Jangan sampai syirik pula cakap ubat tu yang menyembuhkan tanpa izin Allah pun belum tentu jadi.

Sampi je dekat klinik tu Aqil dah meronta sebab dia trauma dengan doktor dan klinik. Nasib baik takde orang sangat time tu. Atleast Aqil tak menunggu lama sangat. Masuk je jumpa doktor, Aqil dah mula macam meracau . Nampak sangat dia punya trauma kes operate hernia hari tu.

Malang sekali doktor tak boleh nak sahkan samada campak, bertih mahupun hfmd sebab bintik-bintik tu baru nak naik. Kecewa tapi takpelah asben still minta ambil ubat mandian dia plus aqil ni memang kulit dia sangat-sangat sensitif.

Masuk hari kedua dan ketiga makin banyak naik bintik-bintik. Sekali dengan bintik-bintik air. Kesian aqil dia tak boleh tidur sehingga pukul 6.30 pagi disebabkan gatal satu badan. Kesian sangat tengok dia. Benda tu makin lama makin banyak naik tapi hanya di muka, tangan dan kaki. Kali ni berdebar sebab macam betul je HFMD.

Next day Aqil ada appoinment hernia di HUSM. Alang-alang dah ada apppoinment, tanya doktor tu terus tapi malang juga dia tak boleh sahkan HFMD ataupun campak. Kecewa sekali lagi sebab dia minta daftar balik untuk bahagian kaunter lain.

Dengan patient yang ramai tak mungkin ilaa nak ambil no giliran dan tunggu berjam-jam. So kami decide ke klinik Adila . Klinik yang the best doktor ilaa jumpa. Layanan terbaik dan pandai layan kanak-kanak. Jadi, dia suspect HFMD sebab bintik-bintik takde di perut.

Maka, bermulalah fasa kuarantin Aqil di rumah bersama-sama tokma and babatok . Kebetulan taska Aqil kena kuarantin selama 10 hari. Nasib baik bila Aqil dah recover dia tak pi taska lagi. Kes HFMD meningkat daripada 3 kepada 7 orang kanak-kanak.

Carrier HFMD tu one of anak doktor. aiyakk, nak buat macam mana kita tak tahu kenapa tak dibendung awal-awal maybe parent dorang sibuk. Kita tak berada di tempat dia so kita tak tahu. Alhamdulillah Aqil dah jadi BFF dengan mil.

Tiap kali pulang waktu lunch hour, sweet je tengok Aqil pegang tangan mil waktu tidur. Anak ilaa ni jenis manja. dia suka tidur rapat dengan orang yang jaga dia. Tak boleh hilang depan mata terus nangis cari. Alhamdulillah dah sembuh ni harap-harap takde dah virus ni.

sekian

Popular posts from this blog

Cheapmon atau Kenan

Pengalaman Si Ibu : Anak Tak Nak Susu Botol

ALHAMDULILLAH 20 FEBRUARI 2023