30.12.2018 Aqil Turn 2 Years Old






Assalamualaikum dan salam tahun 2019!
Lama betul tak update blog. Sibuk sangat disebabkan penutup 2018 dan pembukaan 2019 student nak exam final year. So, ilaa sebagai staf yang terlibat dengan student ni tak terlepas daripada benda-benda macam ni. Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik untuk bekerja memerah keringat.

Bulan lepas ilaa dan asben berpakat dengan adik ipar nak celebrate birthday mama ,baba, Faris dan Aqil sebab dorang semua dilahirkan bulan Disember. Tu yang kek jadi December born.heee. Actually mama baba ingatkan sambut birthday Aqil je.

Last-last kami cakap dekat dia yang celebrate sekali. Tahu tak mil cakap apa? ' kalu tahu gitu mama paka jangok lagi and kita buat grand sikit'. hahaha. mil ni walaupun garang tapi dia lah yang paling baik hati. Alhamdulillah untuk rezeki yang Allah berikan.

Since Aqil dah masuk 2 tahun dah banyak perubahan yang ilaa tengok pada dia. Walaupun dia tak boleh bercakap lagi tapi dia banyak tunjukkan pergerakan badan dia. Suka kemaskan toys dia selepas main. Mesti atur cars elok-elok. Tak suka benda-benda kotor dekat tangan kalau tak mesti mintak orang bersihkan.

Sebijik ikut papa dia seorang yang sangat pembersih. Tak nak pakai baju sama selepas mandi. amboii sangat anak ni. Suka menari (dulu tak pun). Banyak lagi perubahan dia yang buatkan kami sebagai parent agak gembira dan lega dia berubah sedikit demi sedikit.

Semoga Muhammad Aqil menjadi anak yang soleh, penyejuk mata mama papa,seorang yang cerdik dan pandai serta dijauhkan daripada fitnah dunia. aamiin

Popular posts from this blog

Cheapmon atau Kenan

Pengalaman Si Ibu : Anak Tak Nak Susu Botol

ALHAMDULILLAH 20 FEBRUARI 2023