Posts

Showing posts from May 6, 2018

Dilema Anak Tak Nak Makan Nasi

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi, Minggu depan dah nak masuk bulan Ramadhan tapi mesti korang lagi sibuk nak mengundi PRU pada hari Rabu ni kan?ada yang dah balik kampung sambung cuti seminggu. Meriah macam nak raya je. Semalam pun dah mula jam. 
Biasanya pi ambil Aqil school setengah jam perjalanan daripada tempat kerja. Semalam ambil masa lama sikit nak sampai. Ilaa dah mula gelabah risau Aqil tercari-cari sebab 5.30 pm tu dah terpacak maknya dekat tadika. Alhamdulillah dia ok je semalam
Nak cerita dilema ilaa sebagai ibu bila Aqil kembali tak nak makan nasi. Risau sangta-sangat. Dia banyak minum susu dan makan keropok ikan tu je. Adakan itu normal bagi kana-kanak berumur 1 tahun 4 bulan?or maybe bila dah tak breast feed dia akan mula makan seperti kanak-kanak lain?

Mana tak risau bila anak-anak orang lain dah boleh makan macam-macam tapi anak kita still memilih untuk makan. Adakah akan menjejaskan tumbesaran dia?Lahhai, hari-hari pikir macam nak buat. Qaseh junior dah bagi unt…