<
IlaaSuhailaa
Angan-Angan : Termakbul
Monday, March 19, 2018 • March 19, 2018 • 0 comments

Image result for dreams
imej : atuk google 

Assalamualaikum dan selamat petang. 
Salam 1Rejab uols. Siapa yang Allah pilih untuk berpuasa hari ini maksudnya awak sangat-sangat beruntung untuk merebut pahala di dunia lagi kan?Alhamdulillah. Nampak skema tak kali ni penulisan ilaa?ecece,serius pulak kite kali ni. Terasa diri ini dah menginjak ke usia 30an walhal belum lagi.

Apa yang ada dengan angan-angan termakbul ni? Tadi ilaa berpeluang baca semula entri-entri lama which is ayat macam nak muntah hijau pon hado. Gedix pon hado. Pengsan mak baca balik isi-isi macam cendol. Then I was like err terkejut sebab ada entri ilaa berkaitan dengan angan-angan ilaa sebelum ni dan you noe wat alhamdulillah ilaa dah dapat semua tu . 

Maksudnya Allah dah makbulkan angan-angan ilaa walaupun berangan ok. Ilaa pernah dengar orang selalu cakap apa yang kita fikir mesti akan terjadi. So jangan pikir bukan-bukan pasal masa depan kita. Dalam banyak-banyak hari, akan ada satu hari Allah akan makbulkan doa kita. betol tak?

Tolonglah percaya. Apa angan-angan ilaa tu?Salah satunya adalah ilaa nak sangat memiliki kereta Jazz. Tak kesah model apa asalkan namanya Jazz tup-tup asben ilaa adalah pemilik si Jazz hitam. Excited giler uols masa tu tapi jangan lah korang cakap ilaa gila besi pulop ye!. 

Yang kelakarnya asben pulak teringin sangat nak naik kereta yang ilaa pakai  sebelum kenal dia.Opss! Suratan ataupun kebetulan?jeng..jeng..jeng. Bergelak tawa tak hingat dunia bila ilaa cakap dekat dia ilaa memang dah lama teringin nak naik kereta Jazz. Satu dah makbul.Seterusnya?

Yang ni ilaa TAK NAK dan ANTI tapi percaturan Allah itu INDAH!

Ilaa tak nak orang terlalu cerewet dan tegas sebab ilaa ni penakut. Err,buat malu je. Tiap kali kawan-kawan tanya ciri-ciri jodoh ilaa macam mana then WAJIB ada dua kriteria tu ilaa mention. Ilaa TAK NAK!!

Finally I got him as my Husband. Rupa-rupanya  cerewet dan tegas itu perlu utk rumah tangga. Serius ilaa cakap. Alhamdulillah dia boleh take over kerja rumah kita. Dia faham kita penat dengan anak dan dia lebih banyak membantu ilaa dari segi kerja rumah mahupun jaga anak.

Syurga dunia ilaa adalah asben dan anak serta ma abah. Tak boleh bayangkan sekiranya dorang tiada bersama-sama ilaa sehingga sekarang. Syukur Allah atas NIKMAT pinjaman sementara yang telah kau berikan walaupun bukan untuk selamanya.






Welcome to my blog . Please navigate around happily. And follow me if you like to ;> Don't forget to leave your footsteps so I can visit you back ;3 bold italic underline strike

Diary About Link Stuff


Put your cbox code here ! :)
< Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Owner: IlaaSuhailaa