Satu Family Demam

Image result for fever 
credit:google image


Assalamualaikum dan salam bulan Disember
Sekarang ni dah masuk musim tengkujuh. Dekat Kelantan hujan hampir setiap hari dan agak mencabar nak ambil anak bila masuk musim ni. Yelakan pergerakan agak terbatas bila musim hujan macam ni. Kesihatan pon kena over jaga juga awak.

Nak cerita lah bila dah masuk musim ni, maka demam pun mula menyerang bertubi-tubi. memang dah sinonim bulan Desember dengan demam,batuk dan selsema dengan ilaa. Paling mencabar bila anak dan suami turut demam. Kesian.

Mak-mak jadi hero lah kalau kesayangan dorang demam. Kalau dia sendiri takpe. Kena kuat tak boleh lemah-lemah nanti siapa nak jaga anak dan suami. Gittew. Mithali tak suhaila ni?hahahhaa. gurau aja. bila lagi nak angkat bakul sendiri.

Pecah rekod tahun ni demam seminggu. Nasib baik tak pitam. Plus ilaa stress dengan kerja. ke hulu ke hilir kononnya kuat. Last sekali hambik kau demam sampai tak boleh bangun. Doktor cakap ilaa ada darah rendah.

Makin tua ni banyak pula penyakit datang tapi alhamdulillah Allah masih elakkan benda-benda yang tak baik dan penyakit yang pelik-pelik. Cuma kena jaga kesihatan dan pemakanan jela. InshaAllah semuanya baik-baik sahaja.



Popular posts from this blog

Cheapmon atau Kenan

Pengalaman Si Ibu : Anak Tak Nak Susu Botol

Kesan Pil Yasmin Kepada Diri Sendiri