<
IlaaSuhailaa
Diuji Lagi
Saturday, December 22, 2018 • December 22, 2018 • 0 comments

Image result for motivational quotes 
credit : google image


Assalamualaikum dan selamat pagi.
Minggu lepas minggu menguji jiwa dan raga. Sekarang ni musim tengkujuh di Kelantan. So, kita tak boleh nak expect apa yang bakal berlaku dan kali ni ilaa betol-betol diuji lagi dengan kereta rosak.

Pagi tu ilaa ajak officemate pergi isi minyak dan tiba-tiba lampu minyak naik padahal ilaa baru je isi full. tanya kawan tapi dia pon tak tahu. maklumlah orang perempuan ni jarang alert pasal kereta. sehinggalah benda tu terjadi. baru nak ambik tahu.

that time ilaa belum inform asben sebab ingatkan benda tu biasa. so, bila on the way ambik Aqil school tiba-tiba simbol minyak tu naik lagi terang. terkejut ilaa dan rasa tak sedap hati. terus ilaa call asben. dahla time tu hujan lebat dan jam giler.

asben cakap bahaya takut enjin panas and kereta mati. terus cuak dan cari tempat yang sesuai untuk berhenti kereta. nasib baik betul-betul kedai adik ipar tapi masa tu adik ipar takde. staf je dia ada. dorang macam tengok pelik ilaa. ingat aku ni pencuri ke apa sebab barang-barang cabutan bertuah ada banyak dalam kedai tu.

so, ilaa mula lah nak nangis sebab tengah pikirkan Aqil. Dahlah lambat satu hal, pastu bila dah pukul 6 biasanya dorang dah keluarkan budak-budak daripada kelas. ilaa minta asben call baba sebab kalau tunggu asben lambat sejam juga daripada Bachok.

dah terbayang muka Aqil macam mana bila lewat. biasanya 5.30 petang ilaa dah sampai tapi if lewat 10 minit pun dia dah tahu. Adoilaa, memang betul tekaan ilaa. bila baba sampai sana pukul 6, Aqil dah kuat nangis sebab lambat.

so baba call ilaa dia nak ambik ilaa dulu dekat kedai tu sebab Aqil dah cranky sangat-sangat. jadi ilaa tinggal kereta tu dekat kedai tu then follow baba balik rumah. dahlah malam tu nak celebrate birthday mil. kenapa lah nak jadi time ni jugak kan.

call asben cakap ilaa follow baba balik  dia lega dan dia pi cari minyak slender sebelum balik. nasib baik asben cukup-cukup memahami dan baik hati. dia takde marah-marah or apa. just tenang je.so,lega sangat dan alhamdulillah semua dah settle.

dengan si kancil ni banyak dah diuji dengan buat hal. maklumlah kereta dah cukup umur. macam manusia bila dah makin tua, penyakit pon banyak.hahahaha




Welcome to my blog . Please navigate around happily. And follow me if you like to ;> Don't forget to leave your footsteps so I can visit you back ;3 bold italic underline strike

Diary About Link Stuff


Put your cbox code here ! :)
< Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Owner: IlaaSuhailaa