Ujian : Retak Seribu


Assalamualaikum and good morning gais!
Sekali lagi Allah bagi ujian dekat ilaa. Nah tengok gambar tu. Retak seribu hatiku. Dahlah retak duit pon turut melayang. Alhamdulillah, ini baru ujian kecil daripada Allah. Nasib baik tak melibatkan nyawa dek kerana kecuaian manusia dalam bekerja. Apa kena mengena dengan kecuaian manusia?apa pula ni?

Sebenarnya cermin kereta ilaa retak disebabkan kerja-kerja mesin rumput di sekitar tempat kerja. Selepas thumb print out, ilaa terus keluar dan bila masuk kereta baru perasan cermin dah retak. MasyaAllah. Pada mulanya ilaa ingat cubaan nak mencuri tapi bila inform dalam group whatsapp  family, dorang cakap ni sebab terpercik batu orang mesin rumput.

Cuak giler ilaa disebabkan ni pertama kali berlaku. Ilaa ni dahla penakut dan cepat nervous. Terus whatsapp husband then dia call ilaa tanya apa yang telah berlaku. So, husband suruh tunggu dalam kereta until dia sampai from Bachok. Kejadian ni di Pengkalan Chepa. 

Ilaa ada jugak bagitahu officemate. dorang suruh ilaa buat report polis dan jkr untuk claim. Ilaa tanya pendapat husband,dia cakap nanti panjang cerita. So I decided tak claim. Anggap sajalah takde rezeki ilaa. Mungkin ada hikmah dengan apa yang berlaku.

Cumanya agak terkilan sekiranya salah sorang daripada mereka perasan benda ni berlaku, sepatutnya cari lah siapa pemilik kereta tu .Melainkan dorang betul-betul tak perasan. Ilaa maafkan. Sepatutnya benda-benda macam ni majikan dorang kena standby awal-awal atau tingkatkan lagi safety sekeliling. Jangan main bedal je. ehh ngepekk plop.

Yelakan,if kena dekat orang yang tak berduit tak ke niaya. bukan cakap ilaa ni orang have-have tapi alhamdulillah mampu lagi bayar. So,lepas ni tak nak parking dah tepi jalan. Takut kejadian yang sama berulang. Beringat sebelum kena uols.heee

Popular posts from this blog

Cheapmon atau Kenan

Pengalaman Si Ibu : Anak Tak Nak Susu Botol

Kesan Pil Yasmin Kepada Diri Sendiri