<
IlaaSuhailaa
Surprise : Husband Teman Sepanjang Temuduga
Thursday, October 26, 2017 • October 26, 2017 • 0 comments

Related image 


Assalamualaikum..
Mentang-mentang lah hari ni half-day, beria sakan update blog. Tersenyum sorang diri tersengeh tersipu-sipu bila teringat kan temuduga semalam. Kenapa?haa, tengoklah tajuk entri ilaa kali ni. Sejuta dalam satu rasanya. Beruntung badan si isteri dapat suami macam dia. #alhamdulillah.

Semalam ilaa hadir satu temuduga di Kota Bharu. Dahla datang lambat, buat hal betol kan. Seketriat dekat situ bagitahu ilaa adalah calon terakhir. So, boleh guess la kan pukul berapa akan habis. Mak aii, dahla setiap calon tu almost 20 minit ditemuduga.

Masa ilaa sampai ke tempat tu semua mata dah tertumpu dekat ilaa dan asben. mana taknya, dahlah lambat tup-tup asben ada sekali. Like alien pulak kami ni. Actually ilaa tak tahu pun asben nak temankan hingga tamat temuduga. After bersalaman dengan asben, ilaa terus turun kereta.

Tup-tup dia cakap tunggu kita turun sekali. Masa tu dah hairan bin ajaib. Aishh, buat apa turun. Nak hantar sampai dekat pintu masuk ke?Abaikanlah. Jom lah masuk sekali. Dah masuk sekali dia cakap dia nak tunggu. I was like errr biar betol asben aku nih. Lama giler kot nak tunggu. kerusi pon takde nak duduk. semua candidate dah duduk.

Dia macam biasalah. act like nothing. calon-calon lain semua tengok kami macam alien lagi. mesti ada yang bercakap-cakap macam-macam. Tak kisah lah sebab hati ni dah sangat-sangat bersyukur sebab Allah hadirkan lelaki, suami dan seorang ayah yang baik hati dan penyayang macam dia.

Bukan ilaa nak riak tapi bila ada asben, sikit pun ilaa tak rasa nervous apatah lagi risau nak hadap panel interview disebabkan asben ada sekali. nak nanges ke nak hepi?dua-dua hado ok. nak cari dekat mana lagi orang macam dia?no one can replace him.no one can take him from me except Allah.

Sepanjang ilaa ditemuduga, ini kali pertama ada orang tolong temankan. Hari paling bersejarah dalam hidup ilaa seorang suami sanggup teman isterinya berjam-jam sehingga selesai. Tak merungut langsung walaupun dia tengah lapar makan pagi dengan SEKEPING ROTI sahaja. Tak merungut bosan dan he's say NOTHING. Bahkan asyik suruh tanya calon yg dah ditemuduga adalah.

Thank you so much husband for your kindness and loves.
Thank you for accepting me in your life.
Thank you for being my life partner.
Thank you for be a good papa to Aqil.
Thank you for being my angle inshaAllah till hereafter.

From your lovely wife,
Ilaasuhailaa



Semoga Semuanya Selamat
• October 26, 2017 • 0 comments












Image result for mekah terkini 

Assalamualaikum.
Kali ni tak nak terlepas untuk mencatat moment terindah ma abah ke tanah suci Mekah. Alhamdulillah hajat ma abah tertunai jugak untuk pergi berziarah ke rumah Allah tahun ni.  Biarlah orang cakap benda macam tu pun nk kecoh. if you want to read, do stay but if you're annoying read this please leave out from this blog. tak marah cuma nak bagitahu..

Dah lama ilaa dengar ma abah nak pi Mekah tapi dengan bantuan baba, semua urusan dipermudahkan dan syukur jugak mereka dapat pergi bersama-sama dengan mama baba sebab dorang dah biasa menunaikan haji dan umrah. so tak runsing if pergi bersama-sama dengan orang yang berpengalaman kan.

Banyak jugak mama baba membantu ma abah dalam persiapan nak pergi umrah. lega sangat-snagat dan syukur mil and fil baik hati dan rasanya ilaa takkan pernah jumpa dah orang baik macam mereka. kenapa?biarlah Allah saja yang tahu. semoga Allah membalas jasa mereka didunia mahupun di akhirat.

Yang penting, ilaa doakan agar ma abah ,mama baba dan atem sekeluarga dipermudahkan urusan sepanjang berada di sana dan mendapat umrah yang mabrur. InshaAllah. semoga mereka selamat kembali juga..aamiin..amiin..amiin

25.10.2017



Welcome to my blog . Please navigate around happily. And follow me if you like to ;> Don't forget to leave your footsteps so I can visit you back ;3 bold italic underline strike

Diary About Link Stuff


Put your cbox code here ! :)
< Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Owner: IlaaSuhailaa