Ujian : Cermin Kereta Pecah Untuk Cubaan Mencuri

Image result for broken car window at night 
 gambar hiasan


Assalamualaikum
terpanggil hari ini untuk berkongsi cerita dengan korang tentang kejadian cubaan mencuri barang dalam kereta suami.  Apakan daya anggap sajalah itu ujian daripada Allah untuk lebih berhati-hati selepas ini.

Pada 28 November 2017, Selasa asben ilaa keluar untuk pergi mendobi kain baju yang tak kering. maklumalah kan, sekarang ni musim hujan lebat di Pantai Timur. Selepas magrib, kami keluar bawa si Aqil ke klinik untuk check telinga dia. Alang-alang dah keluar ilaa dan asben terus survey dobi yang 'tak ramai orang'.

Guess what dengan musim sekarang takde dobi yang tak 'full house'. semua dah penuh. macam beratur nak beli tiket bola pon hado. aiseyy, tipis je harapan kali ni nak mendobi. asben pon bagitahu 'takpelah, kita balik dulu sebab kesian dekat Aqil juga malam-malam macam ni nak tunggu lama'.

So, asben hantar kami pulang ke rumah dan he decided nak pergi dobi dalam pukul 10 lebih macam tu lah. Dia cakap waktu ni dah tak ramai orang. Maybe about one hour jugaklah dia cari dobi yang available. Then akhir sekali dia pilih dobi yang dia dah biasa pergi. dekat situ memang ok. kedai kiri kanan. dekat dengan rumah orang.

Sementara nak tunggu kain siap dicuci, asben keluar dengan kawan dia. sebelum tu dah terdetik dalam hati dia takpe ke tinggal sebab tempat ni dahlah memang tumpuan pencuri-pencuri tapi takpelah disebabkan fikir kejap je nak keluar. at that time, beg sandang dia tak pindahkan dalam bonet kereta. adoilahh, BIG MISTAKE dekat situ sebab itulah TARIKAN KUAT PENCURI.

masa tu orang ramai lagi. suasana dekat situ sangat-sangat cerah ok. so kalau kita tengok pon tak mungkin pencuri tu berani buat kerja time camni and dengan hujan lebat sangat. bila dia sampai je dekat dobi, si asben terkejut sangat-sangat. Cermin belakang kereta dia PECAH!

Dahlah asben ni dia jaga betul-betul kereta dia. calar sikit pon dah tak senang duduk. apatah lagi pecah cermin kereta. masa dia call ilaa pukul 12.30 malam tu ilaa baru je nak lelap. letih disebabkan Aqil tak nak tido masa tu. So layan tak layan laa cerita asben masa tu.

rupa-rupanya dia dah whatsapp ilaa bagitahu ada berita sedih. dalam hati ni boleh agak ada kaitan dengan kereta je. tak terpikir kena teruk macam tu sekali. Alhamdulillah takde barang bernilai yang hilang. cuma beg sandang yang ada dokumen-dokumen tak berapa penting je.

Syukur laptop dan ipad dalam bonet kereta tak dicuri. kalau tak, huru hara jadinya. Malam tu muka asben macam orang mati bini. nak ketawa pon ada sebab 'si black makwe no 2' dia kena pecah cermin.hahaha. pagi tu asben terpaksa cuti untuk pergi pasang cermin baru.

dahlah hujan, nasib baik tak banjir je dalam kereta tu. peringatan untuk diri sendiri dan orang di luar sana jangan SESEKALI TINGGALKAN APA-APA BARANG EVEN SATU PLASTIK pon dalam kereta. pencuri ni dia dah nampak dah benda tu barang berharga atau tak. main rembat je.

Allah bagi ujian, dia bagi rezeki yang lebih lagi. InshaAllah


Popular posts from this blog

Cheapmon atau Kenan

Pengalaman Si Ibu : Anak Tak Nak Susu Botol

Kesan Pil Yasmin Kepada Diri Sendiri