Surprise : Husband Teman Sepanjang Temuduga

Related image 


Assalamualaikum..
Mentang-mentang lah hari ni half-day, beria sakan update blog. Tersenyum sorang diri tersengeh tersipu-sipu bila teringat kan temuduga semalam. Kenapa?haa, tengoklah tajuk entri ilaa kali ni. Sejuta dalam satu rasanya. Beruntung badan si isteri dapat suami macam dia. #alhamdulillah.

Semalam ilaa hadir satu temuduga di Kota Bharu. Dahla datang lambat, buat hal betol kan. Seketriat dekat situ bagitahu ilaa adalah calon terakhir. So, boleh guess la kan pukul berapa akan habis. Mak aii, dahla setiap calon tu almost 20 minit ditemuduga.

Masa ilaa sampai ke tempat tu semua mata dah tertumpu dekat ilaa dan asben. mana taknya, dahlah lambat tup-tup asben ada sekali. Like alien pulak kami ni. Actually ilaa tak tahu pun asben nak temankan hingga tamat temuduga. After bersalaman dengan asben, ilaa terus turun kereta.

Tup-tup dia cakap tunggu kita turun sekali. Masa tu dah hairan bin ajaib. Aishh, buat apa turun. Nak hantar sampai dekat pintu masuk ke?Abaikanlah. Jom lah masuk sekali. Dah masuk sekali dia cakap dia nak tunggu. I was like errr biar betol asben aku nih. Lama giler kot nak tunggu. kerusi pon takde nak duduk. semua candidate dah duduk.

Dia macam biasalah. act like nothing. calon-calon lain semua tengok kami macam alien lagi. mesti ada yang bercakap-cakap macam-macam. Tak kisah lah sebab hati ni dah sangat-sangat bersyukur sebab Allah hadirkan lelaki, suami dan seorang ayah yang baik hati dan penyayang macam dia.

Bukan ilaa nak riak tapi bila ada asben, sikit pun ilaa tak rasa nervous apatah lagi risau nak hadap panel interview disebabkan asben ada sekali. nak nanges ke nak hepi?dua-dua hado ok. nak cari dekat mana lagi orang macam dia?no one can replace him.no one can take him from me except Allah.

Sepanjang ilaa ditemuduga, ini kali pertama ada orang tolong temankan. Hari paling bersejarah dalam hidup ilaa seorang suami sanggup teman isterinya berjam-jam sehingga selesai. Tak merungut langsung walaupun dia tengah lapar makan pagi dengan SEKEPING ROTI sahaja. Tak merungut bosan dan he's say NOTHING. Bahkan asyik suruh tanya calon yg dah ditemuduga adalah.

Thank you so much husband for your kindness and loves.
Thank you for accepting me in your life.
Thank you for being my life partner.
Thank you for be a good papa to Aqil.
Thank you for being my angle inshaAllah till hereafter.

From your lovely wife,
Ilaasuhailaa


Popular posts from this blog

Cheapmon atau Kenan

Pengalaman Si Ibu : Anak Tak Nak Susu Botol

Kesan Pil Yasmin Kepada Diri Sendiri