Kesan Pil Yasmin Kepada Diri Sendiri

Image result for pil yasmin
Assalamualaikum.
hai..hai..hai..Tetiba kan hari ini nak share testimoni diri-sendiri consume pil yasmin for the first time. Syarat makan pil yasmin ni kena makan ketika 1st period dan sehingga habis 21 biji which is satu papan tu. Then berhenti 7 hari baru consume balik.

Sebelum consume yasmin ni, ilaa banyak kali google kesan dan feedback pengguna. takot jugak ada side effect yang teruk. Nak rancang sendiri takut kelaaut.hahahaa. So, pikir punye pikir ilaa pon decide nak ambil noriday ke yasmin?orang cakap untuk ibu menyusu noriday sangat-sangat recommended.

Kenapa?sebab boleh tambah susu. tapi kenapa ilaa ambil yasmin jugak walhal anak masih menyusu?haa,sebab kulit punya pasal. Orang cakap makan pil yasmin ni buat susu badan kering, sakit kepala yang teruk dan selera makan jadi berkurang.Jadi, tawakkal jela cubaan untuk consume pil yasmin ni.

1st week ilaa consume yasmin ni kepala mula sakit. ilaa memang anti dengan mana-mana ubat dan supplement yang boleh buatkan kepala ilaa nak migrain but tak tahu lah kenapa tegar sangat dengan yasmin ni. degil nak teruskan jugak kan.kata orang alang-alang menyeluk pekasam biarlah ke pangkal lengan .

second week selera makin bertambah. mulut asyik mintak makan jer. dekat office asyik nak mengunyah je kerjanya.fuhhh, runsing betol berat badan akan naik mendadak. rupa-rupanya satu benda yang ilaa perasan, bila kita makan heavy meal like nasi berlauk, nasi lemak and sejenis adik-beradik nasi, ilaa akan makan tak habis. perhh!

if makan light meal, bersungguh gila habiskan. so, I is tak runsing dah pasal berat badan. Stable dan tak naik. Lebih-lebih lagi kulit makin berseri-seri uols. sakit kepala pon dah takde. maybe awal pengambilan je sakit kepala. maklumlah ubat baru nak adapt dengan diri.

ilaa ni on off jugak. kadang-kadang lupa nak makan. satu tips je nak avoid lupa makan pil yasmin ni adalah bila dah ingat dan nampak terus makan. tak pun, awak letak je dekat meja make up dan tepi katil. inshaAllah tak miss makan.

Alhamdulillah consume yasmin ni tak keringkan susu badan pon tapi itu ilaa. korang tu tak tahu lah sebab maybe yasmin dengan ilaa dah rasi. Erm, sekarang ni tengah pikir nak try noriday pula.hahaha. saja lah tu nak buat diri. dah elok-elok dengan badan. gatai nak tukar.

ok. itu je. gud luck!
Post a Comment

Popular posts from this blog

Cheapmon atau Kenan

Pengalaman Si Ibu : Anak Tak Nak Susu Botol