Aqil First Travel



Assalamualaikum dan selamat petang!
Salam Zulhijjah. Terlupa hari ini adalah hari pertama bulan Zulhijjah. Korang puasa tak?*ahkak pon tak puasa tapi ada hati nak tanya kan2. Alhamdulillah, makin cepat masa makin meningkat umur. Amalan makin banyak tak?hahaha.

Excited hari ni nak bercerita pasal si demok Aqil first travel. Minggu lepas ilaa pi kenduri saudara sebelah husband di Damansara dengan flight. U noe wat, I is nervous sangat-sangat sebab ini adalah pertama kali naik flight bawa Aqil. Macam-macam dalam fikiran ni. Karang Aqil meraung bunyi enjin flight or popo atau macam-macamlah sampai happy bertukar stress tau. Dah lah pernah baca kecoh news dulu-dulu pasal satu  airlines tempatan ni melarang sorang passenger bawa infant disebabkan anak passenger ni meraung. Kononnya mengganggu passenger lain. Adeh!

Pada hari pertama nak bertolak daripada rumah ke Airport Sultan Ismail Petra,Pengkalan Chepa Aqil ok lagi. Happy semacam je. Tahu-tahu je nak bawa dia pergi jalan-jalan tapi kecundang jugak tengah jalan. Sampai je di airport, ilaa dukung dia masuk tempat orang check in bersama-sama dengan ma abah. At that time, husband pergi park kereta. Family in law time tu belum sampai lagi sebab jarak rumah dorang dengan airport dekat around 5 minit dah sampai.

Si Aqil ni lena tak ingat dunia.hahaha. bising pon still tak mengganggu tidur dia. Dia dahlah makin berat, waduh dah nak cramp tangan masa tu. Nasib baik husband dah datang. Terus ajak dia pi breakfast dekat Dunkin Donut.Fuhh, lega ya amat!

Ehhh panjang pulak intro nye!Ok ok, dipendekkan cerita masa nak boarding Aqil dah sedar. Sebelum tu, flight dah retimed 2x!! Geramnyaa Ya Allah. If tak retimed, maybe mood Aqil ok lagi masa tu. Yang paling ilaa runsing, waktu tu dah masuk waktu dia tidur. Menyinga lah anakku bila dah nak tidur. Alahai, nak buat macam mana, benda dah nak jadi kan.

Aqil dah mula merengek sebab lama sangat kan nak boarding. So, dia mulalah bunyi lion.hahaha. Bagi enset tak jadi, bagi botol susu tak jadi. Nak apa bila nak tidur ni?haa, paham-paham jela bila maknya dah ada. Puas husband pujuk itu ini TAK MENJADI. Alamak, time tu staf airline dah buat announcement. Ayoyoyo. tak nak gelabah sebab nanti stress dibuatnya.

So, pergi lah dekat surau tu tidurkan dia. Dalam hati ni doa banyak-banyak janganlah sampai terlepas flight walaupun masa tu dah final call. So, tadaaa kejap je pergi dekat surau then terus boarding then alhamdulillah Aqil akhirnya tumpas dan sepanjang perjalanan dia tidur. Mak is so so lega tapi cop!belum lega sepenuhnya lagi. Si Aqil ni TAK BOLEH PANAS. so, untuk avoid Aqil bangun husband dah get ready bawak kipas sendiri sebab tak rasa sangat aircond dalam flight time tu.pfttt, debar kite tau!jangan sampai ilaa cakap Klatey.hahaha

Dalam flight tu jugaklah husband dah standby ear muff (macam ear plug) untuk avoid bunyi kipas kapal terbang tu kuat sangat. Syukur sangat bila husband dah standby everything untuk kemudahan Aqil. Alhamdulillah , dapat suami memahami.

Next setibanya kami di Airport Subang, Aqil bangun. Senyum je si demok ni. Dia dah tahu la tu waktu makan dia dah sampai so kami singgah lah makan dalam airport tu. Dia pon dah letih ilaa pon sama. So, after selesai makan kami bergerak ke destinasi seterusnya. Penat tu penat tapi pengalaman tu penting. Atleast Aqil boleh merasa first travel dia. I am totally appreciate pengalaman sebagai ibu dalam membesarkan anak-anak.

Cop, di KLIA2 ke Kota Bharu ilaa jumpe someone yang sangat-sangat positif person. Siapa sebenarnya dia?nanti ilaa cerita next entry ok?

Okbai!!







Post a Comment

Popular posts from this blog

Cheapmon atau Kenan (Kelantan)

CIMB CLICK

Bukan Takde Jodoh