Anak Anugerah Terindah

Image result for baby 

Assalamualaikum and gemorning awak!
Nak share pengalaman deliver baby macam panjang lebar . Tak pasai-pasai terlena depan laptop baca entri ilaa kali ni. Tetiba rindu si demok Aqil dekat rumah :( . Teringat jer telatah si kecil bila dah masuk office ni. Dah makan ke tidak, dah mandi ke belum ke tengah lena dibuai mimpi. Hmm, rinduunyeeee!!

Anak memang anugerah terindah bagi setiap ibu bapa. Harta yang paling berharga selain mak ayah kita. Sayangi anak just like nyawa kita. Kenapa lah ada kes dera anak ni. Dorang ni boleh dikatakan sebagai apa ye buat anak macam binatang.*sis mulaa geram!. Ye, mungkin ada jugak disebabkan tekanan hidup, si suami abaikan rumah tangga, si isteri sibuk mencari duit taapi why anak jadi mangsa?

Betul kan ilaa beritahu sebelum ni, if takde iman dalam diri dan niat yang salah untuk mendirikan rumah tangga, bahtera rumah tangga mudah dilandai ombak. End up dengan apa?Cerai! Nauzubillah minzalik. Kan dah cakap kahwin ni adalah satu PERJUDIAN hidup. bukan sekadar nak enjoy yang HALAL!
*banyak pulak tanda seru.

Kuncinye apa? :

Iman
Akal
Tolak ansur
Jujur
Cara Berkomunikasi

Jangan sesekali diri kita ni sentiasa bagus dalam semua hal. Ada kalanya perlu menerima nasihat dan teguran orang. Yes, teguran tu pahit nak terima tapi bagus untuk diri-sendiri. Ilaa sendiri banyak kelemahannya. Siapa yang selalu menegur kelemahan dan kekurangan ilaa?Of course my husband my ma and my abah. Siapa kita untuk merasa diri sendiri sentiasa betul if kesilapan itu berlaku?Betul ke laluan kita if ada je tak kena di mata manusia?

Anak-anak syurga jika terabai kebajikannya, apa lagi yang dorang dapat?Orang yang dah lama kahwin nak sangat anak tapi yang Allah bagi rezeki ni diabaikan, didera dan dibuang macam tu. Moga kita terlindung daripada kejahatan dunia. aamiin

sekian!


Post a Comment

Popular posts from this blog

CIMB CLICK

Kebenaran itu Lebih Sakit