Bukan Takde Jodoh


Assalamualaikum!
hai awak selamat tengahari. Dah lama rasanya tak update blog walaupun mine is biasa-biasa jur *mata ke bahu tangan ke atas. Sibuk dengan rumah tangga, kerja harian dan bisnes online. Haa, 90% untuk family dan 10% sahaja untuk diri -sendiri. Siapa kata kahwin tu best?hahahhaa. Gurau aje, jangan ambil serius dongg.

Rata-rata kawa-kawan ilaa asyik merungut bila lah jodoh nak sampai?orang lain dah beranak-pinak. Kita ni partner pon takde.Ilaa bukan nak mendabik dada nak cakap yang ilaa ni layak nak bagi nasihat ke apa. Bukan tau. Sekadar berkongsi pendapat untuk awak dekat luar sana yang masih menunggu JODOH jatuh ke riba *ada ke istilah camtu?. 

Sebenarnya awak tak payah risau sampai tak boleh tido malam pasal JODOH ni. Lambat cepat memang akan sampai. Kadang-kadang dalam keadaan awak tak sedia pon DIA boleh datang. Sekarang ni maybe JODOH tu sedang intai awak daripada jauh.Doakan yang terbaik *klise je bunyinye tu.

Bercinta 10 tahun, kahwin tak sampai setahun dah CERAI! 
Kenal tak sampai sebulan dua, terus NIKAH dan HAPPILY LIFE till hereafter.

Jangan anggap nikah ni semuanya SWEET macam madu. PAHIT macam HEMPEDU ahkak woi. Awak tua ke muda ke bukan jaminan rumah tangga bahagia. Janji korang tahu tanggungjawab masing-masing dan sentiasa percaya kepada keupayaan , kelebihan dan kekurangan partner sendiri. Sempurna itu tidak boleh dicapai sebelah pihak sahaja.

Kau panjat tangga sorang diri, kau yakin ke dengan keselamatan yang ada untuk naik ke tempat yang lebih tinggi?Tanpa bantuan partner kau untuk melindungi hingga BERJAYA ke tempat yang ditujui?

Pegang kata-kata ni :
"Berikanlah yang terbaik untuk ALLAH, maka ALLAH akan berikan yang terbaik untukmu" 

Jodoh yang terbaik takkan selalu hadir dengan cara senang. Adakala diuji dengan macam-macam cara. Dah berkenan, dah merisik,dah bertunang tetapi berakhir dengan PUTUS. Dah KAHWIN berakhir dengan CERAI. Nauzubillah. Minta jauh daripada godaan syaitan yang direjam tu. aamiin. Usah dengar kata-kata orang sekeliling. Kadang dorang berbasa-basi je nak tanya khabar. Buat modal nak mulakan perbualan lah katakan *mak jems sangat uols.

Janganlah korang melawak tanya suami orang pulek. Kan tak pasai korang pula jadi next mangsa VIRAL like gosip Aliff Aziz keluar dengan perempuan semasa isteri berpantang 20 hari *cubaan rumah tangga. Haa, sebab tulah ilaa cakap KAHWIN ni bukan macam dalam drama.  

SWEET dan ROMANTIK bukan JAMINAN kebahagiaan.
Ada je orang bahagia walaupun $$$ kering. Ada je orang lena tido walaupun suami/isteri tak sempurna. Jangan ambil sangat DUNIA. Buanglah sikit KEDUNIAAN tu. Allah pon tak suka hambaNya kejar dunia. Kau dapat apa?haaa, ustajah dah mai dah.Pikir sendiri.

Dulu ilaa pon pernah dikecewakan. At that time, half of my life was gone. Tu baru putus cinta dengan manusia. Kalau dengan Allah?haa, tak tahu lah macam mana. Lepas daripada peristiwa tu, ilaa mula dekatkan diri dengan Allah. Solat hajat TAK PERNAH tinggal supaya Allah s.w.t hadirkan partner terbaik untuk ilaa.So, jangan tinggal solat wajib dan solat sunat. Kita kejar kebahagiaan dengan Allah, InshaAllah kebahagiaan DUNIA menanti.

From now on, sementara single ni fokus lah kepada hal akhirat. Nanti dah ada anak , masa tu lah menyesal tak buat ibadat betul-betul. Trust me. A good time will come to you soon. Maybe not today not tommorrow but maybe some day. InshaAllah
.
Ilaa doakan yang terbaik untuk awak yang baca blog ilaa ni *psst, yang masih single shj ok!

 

Popular posts from this blog

Cheapmon atau Kenan

Pengalaman Si Ibu : Anak Tak Nak Susu Botol

ALHAMDULILLAH 20 FEBRUARI 2023