Kegilaan Baru - Mr.Muscle Pencuci Toilet

Image result for mr.muscle toilet 

Assalamualaikum..
Selamat pagi awak. hari ini hari terakhir ilaa bekerja sebab bermula minggu depan 1 Januari 2017 ilaa dah mula maternity leave. segala debaran dah bermula sebab tarikh due dah tak lama dah. macam-macam dalam pikiran ilaa. fikir situasi bersalin macam mana and of course asben turut terkena tempiasnya sekali. maklumlah anak pertama, no experience lagi.

Kegilaan apakah ilaa maksud kan tu?tuu..tuu..tengok gambar tu. apa kena mengena dengan pencuci toilet?hahahaa, tolong jangan gelak macam orang gils ok. ini kenyataannya. dulu bila bau sabun tokol detol, ilaa sampai gigit sabun tu tapi kali ni obses gile dengan bau pencuci toilet mr.muscle ni.

MasyaAllah, best gile ok bau pencuci ni. memang perangai orang mengandung ni pelik eh. setiap kali nak mandi, wajib amek benda alah ni then pi sembur dekat lantai ok bukan dalam mangkuk tandas. eeuuw, masih ku tahu bezakan mana yang bersih mana yang kotor. ahh, memang menggila sungguh bau benda nih. khayal..hahaha..

papepon, itu hanyalah pengalaman dan kegilaan yang sementara nak deliver baby ni. inshaAllah soon tak buat perangai tak semengah ni dah. doakan segalanya berjalan lancar dan ilaa & baby selamat. aamiin

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cheapmon atau Kenan (Kelantan)

CIMB CLICK

Bukan Takde Jodoh