Dapat Yang Memahami dan Penyabar Itu Lebih Baik

Image result for good husband 


Assalamualaikum dan hepy lunch hour!
Hooray, menghitung hari untuk antenatal leave. Bukan tak nak pi kerja tapi dah tak larat nak bawak perut ke hulu ke hilir. kaki iols is suka suki membengkak dengan jayanya. maknanya apa?maksudnya dah semakin menghampiri tarikh due nak deliver AIZ junior. tak zabaanyaaaa!!

Orang cakap, bila isteri mengandung ujian kepada si suami makin tinggi. kenapa?nak layan kerenah si isteri mengandung ni kena ada kesabaran yang tinggi. hanya suami yang penyabar dan yang memahami dapat bersabar dengan kerenah si makhluk pelik ni. macam mana awak layan budak kecil macam tu laa awak layan si isteri. apatah lagi bila si isteri mengandung.

ekceli, tak perlu suami yang ada sixth pack dan tak perlu ada muscle berketul-ketul untuk bantu isteri ketika susah. cukuplah yang tahu tanggungjawab sebagai suami. itu lebih daripada segalanya. inshaAllah rumah tangga bahagia. bila mana kita memerlukan dia, sentiasa ada memberi sokongan dan semangat tiap kali jatuh dan bangun dalam kehidupan seharian kita.

me antara orang yang bertuah memiliki suami yang bertanggungjawab. orang cakap semua tu tak cukup tapi bagi ilaa, if si suami takde tanggungjawab apa lagi kita nak harapkan daripada dia?duit?harta?masa?bukankah itu semua termasuk dalam tanggungjawab si suami jugak? wahai hawa, memilih itu penting tapi biar kena pada cara dan gaya. pilihlah demi kebaikan diri sendiri bukan untuk kepentingan diri.

orang cakap, perangai pasangan kita ni boleh dinilai sejak dalam tempoh perkenalan lagi. its all depend pada diri sendiri untuk sedar atau tidak. mana yang boleh diubah awal, silakan. mana yang nak menyesal dikemudian hari pun silakan. segala tindakan dan keputusan kita hari menentukan siapa kita masa akan datang. trust me, pengajaran hidup sememangnya pahit tapi pahit lagi jika tidak mengambil iktibar dan langkah pencegahan untuk masa depan.*macam takde mengena jerr ^^,.okbai!

#doakanilaamudahbersalinsecaranormal.aamiin
Post a Comment

Popular posts from this blog

Cheapmon atau Kenan (Kelantan)

Kesan Pil Yasmin Kepada Diri Sendiri

Bukan Takde Jodoh