Teruja Menunggu Kehadiran Si Kecil


Assalamualaikum w.b.t
Hai awak! perasan tak kita ni makin hampir kepada penghujung tahun 2016. Alhamdulillah, semua wishlist 2016 ilaa tertunai dan makin teruja bila tahun baru bersama-sama kehadiran si kecil kami. Gotch! nervous sebab still counting hari kejadian and am call that day as a our 2nd BIG DAY. teruja, takut dan of course satu lagi pengalaman baru as a mother.

Fyi, kami tak sempat pon pi holiday or honeymoon disebabkan kekangan masa bekerja. kebetulan cuti pun tak banyak yang tinggal. yelakan, merisik + bertunang + nikah pada tahun yang sama. jadi, banyaklah cuti ambil. its ok, kita tunggu si baby besar sikit kita bawak dia sekali. asben paling excited bawak baby bercuti. amboi, kemain mengalahkan mak dia.

awak yang baca ni, camne ye persiapan korang untuk deliver baby? ilaa ni quite gelabah dan runsing bila tarikh due semakin dekat. yelakan, this is my 1st time. start from barang-barang yang perlu bawa ke hospital untill keadaan di hospital. memang sebelum ni ilaa ada pengalaman jaga 3 orang kakak bersalin di hospital tapi tu jaga orang bersalin tapi kali ni diri-sendiri.gituu ^^,

harap-harap baby keluar pada tarikh due. jangan secara mengejut macam anak ofismate. kandungan baru cecah 8bln dah beranak. tu pun berat baby baru je 1.5kg. kesian sangat kena warded dulu sebab jantung baby lemah sebab terlalu kecil. ilaa doakan agar mak ayah serta baby dorang kuat dan cepat sembuh. aamiin.

haa, memang bila dah masuk 8bulan ni susah nak tido ke awak?baby aktif bergerak pastu asyik mengeras je perut. hahaha. sakitt wei. macam marah plak if salah posisi tido. ke memang macam tu bile dah masuk 4th trimester?macam-macam kan pengalaman ibu mengandung ni. ada yang lebih teruk lagi tak boleh baring terus sebab sakit tulang belakang. ilaa alhamdulillah berkat doa asben,maa abah sakit tu jarang sekali datang.

satu lagi, memang menjadi kegilaan si ibu once dah masuk Manjaku , baby shopping centre and so on. kalau boleh, semua nak rembat semua nak beli. rambang mata jadinya. tengok yang tu berkenan, tengok yang ni berkenan ^^, hamekk kau nak bayar tu baru perasan baju kecil tapi harga haaa terbeliak biji mata. yelakan, kalau boleh yang 1st ni biarlah berkualiti dan puas hati. tak gitu ibu-ibu?ahak!

oklah. sambung kerja dulu. harap bulan depan sempat lagi update blog ni. inshaAllah. bai awak!
Post a Comment

Popular posts from this blog

Cheapmon atau Kenan (Kelantan)

Kesan Pil Yasmin Kepada Diri Sendiri

Bukan Takde Jodoh